Haaa… Haruan adalah salah satu hasil tangkapan yang digemari kaki pancing. Rasa isinya yang manis serta khasiat yang ada pada ikan ini membuatkan haruan tetap diminati walaupun rupanya sedikit menggerunkan.

Biasanya kaki pancing menggunakan umpan hidup untuk menundukkan sang haruan. Anak ikan dan katak adalah antara umpan yang banyak digunakan. Ada juga yang sekadar menggunakan cacing, terpulang kepada diri masing-masing.

 

Tips 1

Bagi yang baru belajar, dikatakan teknik casting boleh dipraktikkan dengan membuat balingan menyerong. Kiri atau kanan tidak menjadi masalah, ikut keselesaan. Elakkan balingan ke atas.

 

Tips 2

Ikan haruan suka bersembunyi di tempat-tempat sempit. Jadi, bila dah pandai membuat balingan serong, anda akan lebih mudah untuk menarik haruan.

 

Ads

Tip 3

Jika anda menggunakan umpan katak, buatlah balingan yang nampak ‘hidup’ Dari jauh, katak akan nampak seperti sedang melompat-lompat. Itulah yang akan mengumpan haruan untuk keluar dari persembunyian.

 

Tip 4

Sekiranya anda sudah merasakan umpan disambar, jangan terus menyentap joran anda. Tunggulah empat ke lima saat sebelum menyentap joran. Tujuannya kerana kita tidak mahu terlepas haruan yang diumpan.

Biasanya haruan Cuma rasa sikit-sikit dahulu umpan sebelum menelannya. Sebab itulah anda harus bagi masa kepada ikan ini.

 

Ads

Tip 5

Sebaiknya elakkan daripada berbuat bising bila sampai ke lokasi memancing. Banyak bergerak juga tidak digalakkan.

Ikan haruan ni pemalu, bila dah nampak orang, memang susahlah ‘dia’ nak tunjukkan diri.

 

Tip 6

Kalau boleh, elakkan daripada menggunakan batang pancing yang terlalu lembut ataupun terlalu berat. Mesin pancing pun carilah yang sederhana berat.

Ads

Ikan haruan adalah antara spesis yang rebellious, jadi agak sukar untuk menyentap mereka naik ke atas. Sekiranya anda menggunakan set memancing yang berat, ia akan meletihkan anda.

 

Tip 7

Gunakan tali pancing mengikut kesesuaian kekili. Jangan guna tali yang terlalu kasar kerana ia akan menyebabkan balingan umpan tidak pergi jauh.

 

Tip 8

Satu lagi cara lama untuk menangkap haruan adalah dengan menggunakan buluh dan pelampung dan letakkan umpan cacing. Biarkan seketika sampai anda nampak buih pada permukaan air dan pelampung mulai tenggelam. Pada waktu inilah, anda disarankan untuk menyentap buluh tadi. Mesti ada hasilnya!

 

Panduan Asas Memancing Haruan ©

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI