Panduan Asas Guna Kamera DSLR!!

Share

 

Mode Auto

Mode auto selalunya akan memberi info yang tepat ketika menggunakan kamera seperti shuttter speed, aperture, ISO, white balance, focus dan flash.

Penggunaan mode auto lebih memudahkan jurufoto untu merakam gambar di saat genting seperti pergerakan ikan yang terlalu cepat.

 

 

Asas White Balance

Salah satu masalah kepada jurugambar untu menetapkan white balance ketika mengambil gambar.

Kita biasanya tidak akan perasan perbezaan warna dengan mata kasar kecuali suhu cahaya tersebut terlalu tinggi seperti matahari terik.

Anda boleh menggunakan setting white balance untuk memilih suhu cahaya terbaik untuk hasil yang cantik.

 

Cara Memegang Kamera 

Ramai yang baru pertama kali membeli kamera dslr akan menyangkakan teknik ini mudah dan tidak perlu dipelajari.

Hakikatnya, teknik ini adalah paling penting dalam memberi impak dan kualiti yang berbeza ketika penghasilan gambar nanti.

Cara yang terbaik sebelum menekan butang kamera ialah tarik nafas, tahan selama 5 saat dan lepaskan.

Tetapi ada juga jurufoto tidak mengendahkan perkara sebegini. Tip ini paling sesuai sekiranya anda tidak membawa tripod bagi mengelakkan gambar jadi blur.

 

 

Gambar Kabur

 

Kesalahan mengambil gambar sebegini memang paling kerap dilalui setiap jurufoto. Antara yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kurang fokus pada imej, subjek terlalu dekat dengan lensa, salah guna aperture, gambar terhasil menjadi terlalu ‘noise’ dan sebagainya.

Selain itu, pergerakan subjek yang terlalu cepat juga akan menyebabkan kesukaran mengambil gambar yang lebih jelas.

Untuk mengatasi masalah ini, gunakan tripod dan set shutter speed yang betul bagi mengelakkan masalah berulang.

 

 

Guna Flash

Sama ada menggunakan speedlite atau built-in flash, kebanyakan ada pro dan kontranya. Sewaktu menggunakan built-in flash terutamanya di tempat gelap, pasti ramai akan merungut kerana gambar terlalu terang di bahagian depan, latar belakang menjadi gelap.

Akan tetapi sekiranya anda imbangkan dengan guna ISO yang bersesuaian seperti ISO 800 atau 1600. Walaupun akan wujud noise dalam gambar, akan tetapi ia lebih baik daripada menggunakan ISO 100.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang