Pancing Santai Di Kelong Acheh Resort ®

Share

 

Kelong Acheh Resort yang terletak berdekatan Pulau Acheh, bersempadankan perairan Pahang-Johor di Laut China Selatan merupakan padang pancing yang wajib dikunjungi khususnya peminat pancingan di rumah rakit dan juga kelong.

Tidak keterlaluan jika ingin menyatakan bahawa Kelong Acheh Resort bukan sahaja merupakan kelong terbaik di Pahang, malah juga di Malaysia.

 

Kelong yang dapat dilihat dengan agak jelas dari Jeti LKIM Penyabong, Mersing ini sekadar memakan masa kurang dari sepuluh minit masa perjalanan dengan bot laju.

Selain fasaliti yang serba lengkap dan menyelesakan, hasil pancingan yang jarang mengecewakan.

 

Secara tidak langsung ia membuatkan kelong yang mula dibuka untuk aktiviti memancing sejak tahun 90-an ini sentiasa dikunjungi.

Malah ia menjadi destinasi `ngeteh’ popular pengunjung negara jiran di selatan tanah air, Singapura.

 

Secara peribadi, penulis sendiri sudah beberapa kali berkunjung ke kelong ini dan belum timbul rasa jemu untuk kembali ke kelong ini jika berkesempatan.

Di kelong ini penulis dapat rasai kepuasan memancing secara total.

 

Walaupun hasil pancingan di mana-mana kelong lebih bergantung kepada faktor keluar masuk ikan, namun pihak kelong ada usaha tersendiri.

Usaha tambahan pihak kelong menyediakan unjam dan tukun berhampiran kelong, sedikit sebanyak ia menjadi akuarium ikan-ikan kecil untuk terus kekal berlegar berhampiran kelong.

Secara tidak langsung ia terus-terusan menjadi persinggahan ikan-ikan pemangsa untuk mengintai makanannya.

 

Manfaatnya pula ia memberi peluang tinggi kepada pengunjung dan pemancing tidak pulang dengan tangan kosong.

Jika mempraktikkan teknik dan umpan yang betul, pelbagai spesies ikan boleh didaratkan di kelong ini.

 

GALERI

 

 

Info Pakej Kelong Acheh Resort

 

2 HARI 1 MALAM

  • Dewasa : RM 170.00
  • Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM 106.00
  • Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah: RM 42.00

 

3 HARI 2 MALAM

  • Dewasa: RM 276.00
  • Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM 191.00
  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: RM 84.00

 

Pakej Meliputi:

 

  • Makan minum 5 kali sehari
  • Pengangkutan pergi balik dari jeti ke kelong
  • Bot pengangkutan beroperasi di Jeti LKIM Penyabong dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang setiap hari
  • Penginapan, bilik air dan surau disediakan

 

Perhubungan:

– Puan Farah (016-7172684)

Published by
Amang