Saya percaya ramai pemancing tidak tergamak untuk menggunakan katak sebagai umpan memancing. Berikutan timbul rasa geli dan tidak tergamak untuk membunuh seekor katak, kemudian dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan memancing belut, saya mengambil keputusan untuk melakukan satu ujikaji umpan.

Memang tidak dinafikan daging katak merupakan umpan yang paling berkesan berbanding umpan-umpan lain. Namun saya lebih yakin bahawa belut tertarik keluar dari lubangnya adalah disebabkan oleh rangsangan deria getaran dan bau. Bukannya melalui deria penglihatan. Dalam erti kata lain, apa saja objek yang menghasilkan bau seperti bau diet makanannya yang digoncang pada mulut lubangnya, pasti akan menarik belut keluar untuk menyiasat.

Oleh kerana itulah saya terfikir untuk mengujinya dengan menggunakan gewang soft plastic dan minyak perisa aroma katak. Kebetulan saya ada bawanya bersama yang lazimnya digunakan untuk casting haruan.

IKLAN

Untuk itu saya terpaksa korban seketul gewang soft plastic kerana perlu dipotong-potong kecil. Ketulan kecil soft plastic itu kemudiannya dilumurkan dengan minyak berpirasa dan beraroma. Saya percaya ia bukanlah berperisa katak atau berbau seperti katak. Jika betul, pasti saya tidak akan mencubanya.

Kaedahnya sama sahaja jika menggunakannya untuk casting haruan. Bezanya cuma soft plastic perlu dipotong kecil bagi memudahkan belut menelannya. Saya tidak pasti jika umpan ujikaji ini berkesan jika dilakukan pada siang hari. Ini kerana belut mungkin dapat lihat rupa bentuk soft plastic cacat itu.

IKLAN

Tapi ujikaji pada malam tersebut ternyata berkesan. Walaupun nisbah purata strike agak ketinggalan berbanding katak sebenar, namun ia terbukti berkesan untuk dicuba sebagai umpan alternatif bagi penggeli katak seperti saya.

 

IKLAN

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI