Kuala Linggi, Melaka sememangnya menjadi antara kawasan menarik yang boleh dikunjungi oleh warga kota yang inginkan suasana pantai desa yang jauh daripada kesibukan belantara konkrit.

 

Di sini, terdapat banyak kawasan penginapan yang boleh anda pilih, tetapi antara yang paling mencuri perhatian ialah Kembang Sejati Chalet yang terletak di Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi.

 

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Cari Privasi di Kembang Sejati Chalet

 

Kembang Sejati Chalet sudah lebih 15 tahun beroperasi. Pada asalnya ia dibina sebagai rumah rehat untuk keluarga.

Namun, apabila melihat potensi yang ada, pemilik chalet mengambil keputusan untuk menaik taraf rumah keluarga ini menjadi chalet penginapan kerana kedudukannya yang strategik berhampiran pantai.

 

Dengan tawaran pakej harga yang amat berpatutan menjadi antara tarikan utama buat pengunjung ke sini.

Selain itu, ia turut dikelilingi kawasan yang luas dan dihiasi panorama pantai desa yang menarik menjadikan ia sering menjadi pilihan terutama bagi mereka yang inginkan privasi dan ketenangan.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Ads

Yang menariknya lagi, chalet ini turut terletak berhampiran dengan kawasan sejarah Fort Supai di Kuala Linggi, yang mana ia merupakan kubu Orang Bugis ketika menentang Belanda.

 

Selain terletak berhampiran kawasan sejarah, chalet ini juga berhampiran dengan restoran laut terapung Kuala Linggi yang mana kawasan ini menjadi hentian wajib bagi mereka yang inginkan suasana makan malam sambil ditemani suasana matahari terbenam.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Kemudahan yang ada di sini juga memang cukup memuaskan. Selain terdapat 8 buah chalet untuk menginap, terdapat juga sebuah dewan terbuka yang boleh disewa bagi

mereka yang ingin membuat event seperti hari keluarga, reunion, kelas motivasi dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan PA system dan karaoke set juga turut disediakan di sini mengikut permintaan dari pengunjung.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Ads

Memancing Sambil Berkelah

 

Bagi kaki pancing, di sini juga menjadi kawasan yang strategik untuk anda melampiaskan nafsu kegigilan tangan anda.

Dikelilingi kawasan pesisir pantai berbatu, ia menjadi kawasan yang strategik memburu ikan seperti kerapu, daun baru, senangin, semilang, gelama, tetanda dan pari.

 

Anda bolehlah casting di pinggiran berbatu bagi mengenap sang kerapu dan juga pancingan bottom (surfcasting). Ikan di sini tidak cerewet memilih umpan.

Jika kena dengan air dan waktunya, pasti ikan yang diperolehi mampu membuatkan anda tersenyum girang.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Sambil menunggu joran anda diragut sang ikan, anda boleh melayani anak-anak anda bermandi-manda di tepi pantai.

Ads

Kawasan pantainya yang bersih pastinya menjadikan percutian anda lebih indah terutama bila dapat berkongsinya bersama keluarga.

 

Jadi bagi yang ingin berkunjung ke sini atau ingin membuat tempahan chalet bolehlah like FB Kembang Sejati Chalet.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

 

Tip Memancing di Kuala Linggi

 

– Gunakan set pancing 13 – 15 kaki untuk memburu pari, senangin, kerapu.

 

– Set pancing 6 – 8 kaki amat sesuai digunakan untuk memburu ikan bolos, gelama dan daun baru.

 

– Umpan yang sesuai digunakan udang hidup (pari, senangin, kerapu, tetanda, tuka), umpun pasir (bolos, daun baru), umpun sarung (semilang, gelama, tanda), hirisan ikan (senangin, pari, kerapu)

 

– Waktu terbaik memancing ialah sewaktu pergerakan air jalan naik dan air jalan surut.

 

Padang Pancing Retro – Kembang Sejati Chalet

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI