Pacu pecah dominasi patin

Share

Setelah sekian lama spesies ikan patin atau patin Chao Phraya mendominasi podium kejuaraan dalam pertandingan memancing atau cabaran memancing bulanan yang dianjurkan oleh Kolam Seri Bayu Tekala, akhirnya ikan pacu (yang merupakan spesies sasaran suatu ketika dahulu) kembali merampas takhta dan berada di puncak podium.

Dalam pertandingan memancing, Cabaran Bulan Kemerdekaan (Ogos), anjuran kolam Seri Bayu Tekala yang dilangsungkan Ahad lalu menyaksikan ikan pacu yang didaratkan oleh peserta dari Labu, Negeri Sembilan yang mendaftarkan nama sebagai LBJ 21 seberat 14.460  kg, pada jam 11.12 pagi (kolam 5) muncul sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, LBJ 21 membawa pulang wang tunai sebanyak RM55,000.

Begitu juga dengan pemenang di tangga kedua. Seekor ikan pacu dengan berat 14.315 kg (hanya dibezakan 0.145 kg atau 145 gm) yang didaratkan di kolam 2 pada jam 11.44 pagi (berselang 32 minit) oleh peserta yang mendaftar nama sebagai DAUD ZARAH, terpaksa berpuas hati di podium kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 ke Tanjung Malim.

Manakala di podium terakhir atau tangga ketiga dimenangi oleh peserta yang mendaftarkan nama sebagai POK CIK dari Petaling Jaya. POK CIK berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 12.930 kg (kolam 2) sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.

 

Top carta 10/150 pemenang

1.    LBJ 21 – Pacu 14.460 kg (RM55,000)

2.    DAUD ZARAH – 14.315 kg (RM12,000)

3.    POK CIK – Patin 12.930 kg (RM5,000)

4.    ALONG – Patin 12.840 kg (RM1,000)

5.    DATO K – Patin 12.450 kg (RM500)

6.    JERUNG 24 – Patin 12.250 kg (RM400)

7.    MUSIBAT – Pacu 12.125 kg (RM300,00)

8.    JI 5 – Patin 12.060 kg (RM300)

9.    TT – Patin 11.525 kg (RM300)

10.    J 26 – Patin 11.205 kg (RM300)

Published by
amirulazhar