Jeti Kemasin yang terletak di kawasan Jajahan Bachok, Kelantan ini memang terkenal bagi kaki-kaki pancing tempatan mahupun dari luar. Tidak hairanlah jika saban minggu ada sahaja muka baru atau orang luar muncul untuk mencuba nasib menduga perairan Laut China Selatan.

 

Kali ini wakil dari Penang Anglers Club (PAC) ingin mencuba nasib di perairan ini setelah puas bermain dan bertarung dengan ikan-ikan di sebelah utara Selat Melaka. Seramai 18 orang yang menyertai misi ini dan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bot. Kapten pilihan kami ialah tekong Pok Din (bot #1) yang di ‘organise’ oleh saya dan tekong Pok Pa (bot #2 yang di ‘organise’ oleh Faizul.

 

Tempat sasaran kami adalah sekitar perairan Pulau Redang, Terengganu dan tempoh pancingan yang dipilih adalah 3 hari 2 malam.

 

Selepas Asar kami menyusur membelah ombak mencari spot sotong untuk dijadikan umpan hidup di Redang pada keesokan hari nanti. Spot sotong mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai dari jeti. Ketika bot menuju spot sempat kami membuat perambut candat dan melelapkan mata seketika untuk berehat.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Kelibat bot #2 sudah tidak kelihatan, masing-masing mencari spot sendiri mana la tahu dapat kandang sotong boleh la ‘calling-calling’ untuk sama-sama mencari umpan.

 

Ternyata malam itu sotong tidak seberapa mewah. Hanya yang hidup ada 30 ekor sahaja. Tekong Din menghubungi tekong bot #2. Hasil sotong hidup bot #2 pun kurang pada malam tersebut.  Memandangkan jam sudah menunjukkan 1 pagi, satu perbincangan kecil antara saya dengan Tekong Din agar meneruskan perjalanan menuju ke Redang. Perjalanan ke Redang membolehkan kami tidur sepuasnya.

 

Pukul 7 pagi kami sampai satu spot kapal karam. Bayang Pulau Redang sudah kelihatan tetapi masih jauh nak dituju. Labuh dulu umpan mana tahu ada rezeki kami.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Balan, selaku orang baru yang mengikuti trip ini menggigil mengarau kudrat jenahak. First strike dengan spesimen 7 kg membuatkan beliau tersenyum lebar dan membuatkan rakan lain berasa geram, tercabar dan tak senang duduk. Lantas, kemudiannya, seekor demi seekor pelbagai spesies dinaikkan daripada rakan lain. Ada juga mencuba nasib dengan kaedah jigging.

 

Ads

Faez berjaya mendaratkan sagai berskala 2 kg dengan menggunakan setup light jig. Padanan rod Major Craft Go Emotion PE#0.4-0.8 dengan kekili Shimano Stradic CI4 – 2500FA, serta tali sulam Extreme Spectra 10 lb memang karan melayan.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Pindah lubuk

 

Jam 9 pagi kami berpindah menuju ke karang Redang. Kelihatan bot #2 baru sampai mencari spot karang dan lopak. Set yang sama digunakan, umpan sotong hidup menjadi taruhan. Strike!!! Hanya menekan button ON kemudian bertahan dengan batang rod sahaja.

 

Mudah dengan adanya khidmat ‘bangla’. Kudrat Miya command X6 memang tidak dinafikan akan kekuatannya. Jangan putus perambut sudah. Spesimen 4 kg ebek berjaya didaratkan oleh saya.

 

“Gancu…! Gancu…! Dia mai dah,” jerit Didi yang menjadi DJ di atas bot #1. Ada sahaja celoteh beliau di atas bot yang membuatkan kami tidak sunyi. Tahniah, ebek seberat 6 kg berjaya menjadi milik Shahrul Amin.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Ads

Petang kami masih di karang Redang. Melayan karenah ikan bersaiz 500 gram sehingga 2 kg. Saiz sebegini memang sedap untuk lauk. Hari semakin senja, umpan hirisan sotong dipertaruhkan.

 

Tiba-tiba isyarat loceng berbunyi, lenturan joran kelihatan. Spesies apakah ini? Skrin Miya Command X6 menunjukkan bacaan 54 meter terus memuntahkan tali hingga 70 meter. Drag diperketat sedikit lagi agar tali tidak terus keluar. Sedang asyik melayan kudrat yang tidak tahu spesies apakah ini, ada juga rakan lain sudah berjaya mendaratkan ikan. Pertarungan masih berlaku, akhirnya muncul jua memperkenalkan diri. Satu spesies yang diberi nama yu kemejan.

 

Memang spesies ini kuat kudratnya sehinggakan memerlukan dua batang gancu untuk menaikkannya di atas bot. Satu kepuasan bagi saya kerana dapat menjinakkan yu kemejan ini yang berskala 13 kg.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Sebelah malamnya, kami masih dengan seisi bottom menggunakan hirisan juraian sotong. Teknik jig juga dipertaruhkan. Dengan menggunakan jig luminous pasti dapat menarik perhatian spesies pelagik.

 

Cupak bersaiz remaja banyak terpedaya dengan aksi unjunan jig luminous ini. Sesekali alu-alu juga membaham jig ini yang membuatkan putus tali perambut. Geram juga jika spesies ini menyerang. Tetapi hendak buat macam mana memang itu rezeki kita. Layan je la.

 

(Bot #2)

Ads

 

Dikendalikan oleh tekong Pok Pa dan seorang pembantu bernama Meso. Para pemancing terdiri daripada Faizul (penganjur), Zarmali, angah, Asu, Jett, Amirul Yusrizal, Remy dan Hj Kasim. Saya mendapat maklumat daripada organiser iaitu Faizul, mereka mencari umpan sotong sehingga jam 4 pagi kemudian baru meneruskan perjalanan ke perairan Redang.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Bekalan sotong hidup mereka juga agak kekurangan. Pada malam pertama pencarian sotong lebih gemarkan memakan umpan ikan. Mujur mereka ada membawa sedikit umpan ikan yang dibeli di pasar.

 

Jam 9 setengah pagi baru mereka sampai di Redang. Bermulalah misi mereka mencari spesies monster. Ada yang mengunjun jig dan bottom sebagai teknik untuk mendapatkan hasil tangkapan. Spot mereka berjaya mendapat 4 ekor jemuduk, 4 ekor ebek, dan pelbagai spesies ikan lauk.

 

Difahamkan Jett mendapat ragutan kasar oleh sang layaran. Hanya mendapat melihat aksi akrobatik layaran sahaja. Tetapi apakan daya set ringan jignya tidak mampu menahan kudrat sang layaran sehinggakan beliau terpaksa memotong tali set pancingnya.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

 

Pada sebelah petang Faizul mendapat strike seekor tenggiri seberat hampir 5kg dengan teknik drift. Set yang digunakan terdiri daripada kekili Shimano Aernos 8000, rod Asuka 10-20lb, tali utama 25lb Power Pro sudah cukup untuk membuatkan sang tenggiri menyerah kalah.

 

Misi Selesai

 

Keesokan hari kami memancing sehingga pukul 10 pagi sahaja memandangkan perjalanan pulang ke jeti yang masih jauh. Bot mula meninggalkan lubuk menuju ke daratan yang mengambil masa 7 jam untuk sampai ke jeti.

 

PAC Menduga Perairan Terengganu

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI