Sos umpan buatan sendiri yang dinamakan Papazola merupakan bahan umpan yang boleh digunakan secara terus dengan roti atau pelet untuk memancing ikan patin.
Akan tetapi, jika umpan Papazola ini dicampur dengan beberapa perisa lainnya, ia akan menguatkan daya tarikan ikan untuk memakan umpan.
Berikut diperlihatkan cara-cara penggunaan umpan sos papazola ini bersama beberapa perisa jenama Papa Paste.
Bahan-bahan keperluan:
Papazola
Perisa pandan Papa Paste
Perisa durian Papa Paste
1 kg pelet E8
250 ml air panas
Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan 1 kg palet E8 (boleh juga gunakan palet 6363 atau 920) ke dalam bekas bancuhan bertutup.
Tuangkan 250 ml air panas ke atas palet dan segera goncang agar setiap biji palet diserapi air. Perap kira-kira 15 minit dan bolehlah goncang beberapa kali dalam tempoh tersebut.
Curahkan sebanyak 8 penutup botol sos Papazola ke atas palet dan goncang sehingga palet sekata. Biarkan atau perap lagi palet di dalam bekas bertutup selama 15 minit.
Tuangkan pula kira-kira 40 ml Papa Paste pandan ke atas palet dan goncang. Kemudian masukkan pula 10 ml Papa Paste durian dan goncang. Perap seketika dan umpan sudah boleh digunakan.
Perap seketika dan umpan sudah sedia untuk digunakan untuk memancing ikan patin yang merupakan spesies sasaran utama umpan Papazola ini.
Ikatan asas shock leader atau perambut kejutan ini biasanya digunakan apabila anda ingin menghubungkan dua jenis tali berlainan diameter. Dalam erti kata lainnya, anda boleh menggunakan ikatan ini bagi menghubungkan juga tali dari jenis yang sama tetapi berlainan diameter.
Tujuan penyambungan shock leader adalah bagi membolehkan anda menambah kuasa pada pancingan anda selain dapat menambah jarak lontaran gewang.
Tutorial 1
Pertama sekali buatkan lingkaran 8 figure knot (anda boleh carian tutorial 8 figure knot dalam website ini jika tidak tahu menghasilkannya). Jangan ketatkan lingkaran yang dihasilkan terlebih dahulu.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran yang dihasilkan. Sebaiknya masukkan tali kira-kira sejengkal panjang atau lebih. Kemudian barulah tarik dan ketatkan lingkaran 8 figure knot dengan kuat.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada shock leader kira-kira 5 lilitan atau lebih.
Tutorial 4
Kemudian bawa hujung tali ke arah simpulan tadi hingga terbentuk satu lingkaran bulat sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 5
Seterusnya lilit pula hujung tali pada tindanan tali di dalam lingkaran sebanyak 5 kali juga.
Tutorial 6
Setelah itu tarik perlahan-lahan hujung tali sehingga satu simpulan ikatan terbentuk pada shock leader seperti mana di dalam gambar.
Tutorial 7
Seterusnya tarik kedua-dua bahagian utama tali sehingga kedua-dua simpulan merapati antara satu sama lain. Tarik sekuat mungkin.
Tutorial 8
Kemudian potong lebihan hujung kedua-dua jenis tali. Boleh juga bakar bahagian hujung tali terutamanya shock leader kerana ia dapat membantu kelancaran keluar masuk tali pada joran.
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...