Menjadi kelaziman apabila memancing di sekitar pelantar minyak di perairan pantai timur, antara acara awal yang dilakukan adalah mencari umpan dengan kaedah menunda atau trolling sabiki (apollo) yang biasanya dibuat sendiri oleh tekong atau awak-awak. Sementara ikan yang diburu dengan kaedah ini adalah ikan tongkol atau ikan aya. Dan proses ini dipanggil ngolok ikan aya.
Apollo umpan yang berwarna-warni diikat ke mata kail biasanya 40-50 bentuk mata kail digunakan. Jarak di antara satu perambut ke satu perambut yang lain sepanjang 30-50cm. Bulu apollo tersebut diperbuat daripada tali rafia biasanya berwarna hijau yang racik halus.
Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ads
Ads
Ikan aya akan menyambar bulu sabiki yang umpama ikan bilis yang diseret di permukaan laut. Apabila terasa berat, awak-awak akan meminta tekong memperlahankan bot. 2-3 orang diperlukan untuk menarik 30-40 ekor ikan aya yang tersangkut di mata kail.
Ikan-ikan aya yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan aya yang mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Ads
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan aya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti boathouse yang ingin ditempah.
Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti maksimum boathouse tersebut. Setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan kos setiap ahli trip.
Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha boathouse. Lazimnya sekitar RM 1500 – RM 2000 per malam. Bukan dalam kiraan hari.
Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah boathouse, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.
Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma.
Dan pastikan tekong boathouse tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.
Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa boathouse elok diselesaikan setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.
Walaupun setiap boathouse menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia paling besar dan luas di Malaysia. Oleh yang demikian korang perlu tahu spot atau lokasi yang menjadi lubuk kediaman ikan-ikan predator seperti toman dan sebarau jika ingin memburunya.
Suak terdapat anak air
Terdapat ratusan suak di Tasik Kenyir tetapi carilah suak yang ada aliran anak air. Ikan predator biasanya berkumpul di sini terutamanya jika ada kumpulan anak-anak ikan mencari makan.
Air terjun
Setiap air terjun di Tasik Kenyir memiliki potensi tersendiri untuk mencari ikan predator. Air terjun Sungai Papan dan Lata Buaya antara lubuk popular yang sering menjadi destinasi utama.
Kuala sungai atau muka suak
Jika tiada ikan predator di dalam kawasan suak, anda perlu mencuba pintu masuk suak atau kuala sungai. Sesetengah ikan pemangsa menunggu di sini untuk serangan hendap.
Tanjung daratan atau pulau
Tanah yang menghela ke dalam air adalah kawasan tanjung. Ia turut dihadiri ikan pemangsa untuk memburu ikan-ikan mangsa yang mencari makanan di sini.
Pulau tenggelam
Sekiranya menemui pulau yang baru ditenggelami air sebahagiannya, sebarau terutamanya gemar meronda di sini untuk melahap serangga yang terperangkap.
Reba bangkar
Pokok tumbang yang berceranggah dahannya ke dalam air akan menjadi tumpuan ikan mangsa untuk mencari makan dan ia akan menarik kehadiran ikan pemangsa.
Batu pulau
Batu-batu besar yang tenggelam sebahagiannya lazim menjadi kediaman atau lubuk persembunyian pemangsa untuk memburu mangsanya yang dalam melawat.
Balak tenggelam
Jika menemui pokok-pokok balak yang tersadai di dalam air, jangan sesekali lepaskan peluang untuk melontar gewang di bawahnya.
Longgokan sampah
Jika menemui longgokan sampah yang terdiri dari dedaunan atau batang kayu hanyut, cubalah pujuk ikan predator yang kemungkinan menunggu di bawah longgokan sampah tersebut.
Casting di sungai pergunungan atau lubuk-lubuk di pinggir hutan sememangnya menyeronokkan.
Namun ia boleh bertukar suasana sekiranya anda main redah tanpa persiapkan diri terlebih dahulu.
Berikut beberapa tip yang kami sediakan untuk anda perhatikan.
Informasi lengkap tentang spot
Cari dulu maklumat selengkapnya tentang spot yang bakal anda kunjungi. Terutama bentuk geografi dan jenis gewang yang sesuai untuk menjerat spesies yang terdapat di spot berkenaan.
Status bot memancing
Sekiranya akan casting dengan menggunakan sampan atau bot fiber, pastikan dulu saiz dan kondisinya dalam keadaan baik agar terhindar dari kejadian yang tak diinginkan.
Alas kaki yang terbaik
Jika casting di kawasan sungai pergunungan atau berbatu, pastikan alas kaki atau kasut yang digunakan bukan saja bersesuaian malah juga masih dalam keadaan sempurna. Jangan sampai anda terpaksa berkaki ayam kerana masalah tersebut.
Elak bersendirian
Soal lubuk merupakan rahsia besar oleh mana-mana caster. Walaupun takut lubuk diketahui orang lain sekali pun, berusahalah dari memancing secara berseorangan. Paling tidak pun ajaklah seseorang walaupun dia langsung tidak minat memancing.
Maklumat cuaca
Perubahan cuaca kadang kala tidak dapat diduga. Apabila kondisi cuaca tiba-tiba bertukar mendung dan hujan turun dengan lebat disertai kilat dan petir, segeralah cari tempat berlindung yang selamat. Sebaiknya juga dapatkan matlumat cuaca sebelum ke lokasi.
Persiapan peralatan
Alatan pancing dan gewang merupakan senjata utama dalam teknik casting. Oleh yang demikian persiapan alatan perlu diambil berat sebelum pergi memancing.
Elakkan dari terbawa alatan yang tidak menepati untuk bertarung dengan sasaran dan tertinggal gewang yang sepatutnnya dibawa bersama.
Ketepatan dan keselamatan
Ketepatan balingan gewang ke sasaran merupakan perkara paling asas untuk kejayaan casting. Dalam pada masa yang pastikan juga ketika membuat lontaran, gewang tersebut tepat ke sasaran dan bukannya tepat mengenai badan rakan yang berhampiran.
Bekalan
Jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman sekiranya pergi casting seharian. Tubuh badan yang sudah terisi makanan dan minuman bukan saja membekalkan tenaga malah mendorong tahap kosentrasi ketika memancing.
Parkir kenderaan di lokasi selamat
Pastikan kenderaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Kegagalan berbuat sedemikian sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan atau hilang focus sepanjang tempoh memancing.
Jangan tidak percaya, perkara ini juga menjadi salah faktor berlakunya kumpau.
Pakaian
Gunakan pakaian yang bukan sahaja selesa ketika memancing bahkan bagus untuk perlindungan diri khususnya terhadap terik matahari.
Sekiranya anda memiliki pakaian yang dianggap ‘tuah’ pada korang, maka pakailah. Setidak-tidaknya ia akan mendorong keyakinan diri.
Pakai life jacket
Walaupun sekadar meranduk sungai, tiada salahnya jika anda ingin memakai life jacket atau jaket keselamatan.
Manalah tahu anda terjatuh ke dalam air atau dihanyutkan arus. Setidak-tidaknya ia membantu ketika kecemasan. Sebaiknya gunalah jaket keselamatan dari jenis foam yang selesa.
Jaga perilaku dan tutur kata
Hindari bahasa ataupun ucapan-ucapan yang kurang manis ketika tiba di lokasi pemancingan. Begitu juga dengan tingkah laku. Lebih-lebih lagi jika anda memancing di kawasan asing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...