Mistik – Kisah-Kisah Seram Pemancing!!

Share

 

Misteri Peneman Pancing

Aku memancing kat tepi pantai sampai dah gelap. Port tu aku tak biasa sangat. Lama dah lama baling pancing namun seekor ikan pun tak makan sampai dah give up.

Tapi tak jauh dari tempat aku ada orang tu kejap-kejap dapat… kejap-kejap dapat. Jeles betul aku. Lepas tu aku angkat joran dan terus pergi ke kereta.

Sambil berjalan aku tegur orang tu… banyak dapat bang. Dia sepatah pun tak berkata apa-apa. Aku biarlah orang tak jawab aku teruskan berjalan ke kereta.

 

Dah sampai kat kereta tengok-tengok member-member aku  dah packing barang siap nak balik. Aku tanya, ada dapat ke? Tapi semuanya senyap.

Lepas tu ada member aku yang pangkat tua sikit daripada aku cakap kat tempat aku memancing tadi takde orang, batang pancing aku pun takde.

 

Dia orang dah cari aku serta panggil nama aku tapi takde jawapan. Tu pasal dia orang duduk dalam kereta dan kalau aku tak muncul-muncul nak buat repot sebab masa dia

orang pergi cari aku tu terjumpa kubur lama serta batu nisan tepi tebing dan dalam air laut.

 

Ooo… patut la ikan takut nak makan umpan aku. Cuma aku musykil siapa yg memancing dekat dengan aku tu???

Oleh: Amir Ridzuan

 

Pancing Ular

Saja nak kongsi cerita ni. Masa dulu memancing dalam hutan 5 orang niatnya nak pancing ikan kaloi. Cerita ni taklah seram sangat tapi boleh la tahan.

Dah pancing dalam 4 jam tapi hasil takde. Dari pukul 5 petang sampai malam. Last sekali ada sorang member ni teringat petua atuk dia.

 

Atuk dia cakap kalau nak pancing kaloi kena bersiul. So member pun test la bersiul, tapi yang datang bukan dari dalam air tapi datang dari darat.

Nasib baik ada member lagi sorang perasan yang datang bukan ikan tapi ular!

Oleh: Md Fadhzliey

 

Hantu air

Saya banyak pengalaman seram masa memancing ni. Saya selalu kena waktu Maghrib dalam hutan buluh.

 

Masa tu saya tengah pancing kaloi. Sebelum bilal azan saya terdengar bunyi air berkocak. Saya ingatkan ikan, saya pun pergi la cari kot-kot boleh jumpa anak-anak toman. Tapi apa yang saya jumpa adalah makhluk halus (hantu air).

 

Ayah saya pernah kata dia datang dengan laju di atas air, kita hanya akan nampak kepala dia sahaja. Macam tu la saya nampak di atas permukaan air. Saya pun cepat-cepat pack gear dan beransur pulang.

 

Kesimpulannya maghrib jangan pancing balik la rumah sebab waktu tu adalah waktu iblis keluar.

Oleh: Iskandar Zulkarnain

 

Hantu megi

Dulu pernah pergi memancing 5 orang dalam hutan di Pahang. Orang tua yang bawa perahu dah beritahu kalau bau kari jangan dilayan.

 

Malam pertama terbau kari kat dalam hutan… pergi selidik tau-tau ternampak 6 lembaga sedang berkumpul. Berani je tegur… buat apa tu? Lembaga tu jawab, makan magi kari.

 

Tapi dah habis… tinggal kuah je. Haaa kan dah cakap jangan tegur, marah orang tua tu keesokan paginya bila diberitahu kejadian malam tadi.

Oleh: Man Mohamed

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang