Pada asalnya saya bukanlah seorang kaki pancing tegar. Namun, sejak bertemu dengan Fahmi dan rakan baiknya Anhar, saya seperti sudah terkena ilmu pengasih dengan aktiviti yang memerlukan kesabaran yang tinggi ini.

 

Suatu hari Fahmi mengajak saya memancing di sebuah sungai di Perak. Tepat jam tujuh pagi, Fami telah pun menyiapkan perkakasan memancing iaitu dua batang joran beserta umpan khas dedak ayam yang digaul mesra dengan beberapa ramuan rahsia.

 

Sungai ini terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan. Untuk memudahkan kami sampai ke kawasan sungai yang dikatakan banyak lubuk ini, kami hanya menaiki motosikal untuk ke sana.

Saya membonceng bersama Fahmi. Bukan jauh sangat pun, hanya 45 minit perjalanan dari rumah.

 

Di pertengahan jalan, Anhar sudah menunggu. Kami bertiga menunggang motosikal dengan penuh berhemah, maklumlah semuanya sudah berkeluarga.

Lebih kurang jam 9 pagi kami tiba di tebing sungai tersebut dan kami memilih kawasan berteluk yang airnya mengalir lesu. Bagi saya, ini adalah lokasi yang sesuai untuk melabuhkan umpan.

 

Fahmi terus melabuhkan dua jorannya berhampiran dengan rumpun buluh. Saya pula memilih untuk melontarkan umpan berhampiran seketul batu besar yang berada di tengah sungai. Anhar pula agak ke hulu sedikit.

 

Dia memang tidak suka memancing di arus yang deras, katanya tidak banyak ikan besar di situ. Kami bertiga memancing dalam keadaan santai dan melayan perasaan masing-masing.

 

Pagi itu, rezeki Anhar agak murah jika dibandingkan dengan kami berdua. Ikan patin sebesar lengan menyambar umpan yang dipasang. Disebabkan jeles dengan rezeki yang diperolehi Anhar, Fahmi mula menukar port.

IKLAN

Hanya saya sahaja yang masih setia kekal di situ sambil mata tetap merenung ke hujung joran menantikan bilakah ia akan melentur menandakan umpan telah dimakan ikan.

 

Ketika inilah saya terlihat seorang wanita tua bongkok dua berjalan memegang tongkat di celah-celah belukar berhampiran anak sungai yang cetek tidak jauh dari saya sedang duduk.

 

Nenek tua itu memakai baju kebaya berwarna hijau tua dengan rambutnya bersanggul rapi. Sungguh aneh pada pandangan saya. Jalannya pula sungguh pantas tetapi langkah yang di atur agak pendek.

Seketika, dia merenung saya tanpa suara. Ketika itu, jantung saya terasa berdebar-debar dan bagaikan ada satu kuasa yang menyuruh saya agar mengejar nenek tua tersebut.

 

Saya terus meninggalkan pancing saya lalu turun dari batu besar dan separuh berlari saya cuba mengejar nenek tua itu. Sayup-sayup saya terdengar suara Fahmi menjerit nama saya tetapi langsung tidak saya endahkan.

 

Saya terus berlari meredah semak belukar untuk mendapatkan nenek tua kebaya hijau tadi. Kadang-kadang bila saya rasa semakin hampir dengannya, nenek itu seperti berjalan sangat pantas.

IKLAN

 

Saya langsung tidak berpeluang untuk berjalan bersaing dengannya. Kadang-kadang saya hampir-hampir tersungkur apabila langkah kaki tersadung pada akar-akar kayu yang timbul di permukaan tanah. Lama kelamaan saya mula terasa penat dan mengah.

Nenek tua kebaya hijau itu pula seperti mahu mengacah-acah saya. Apabila langkah saya mula perlahan dan terhenti, dia juga seperti memperlahankan langkahnya.

 

Sesekali dia mengerling dan tersenyum kepada saya seolah-olah mahu berkata ‘marilah nak, datang dekat pada nenek’. Akhirnya, saya duduk tersandar pada sebatang kayu cengal yang ada di tengah hutan itu.

Baju saya dibasahi peluh. Waktu itu, saya sudah terlupa pada pancing yang saya tinggalkan apatah lagi pada Fahmi dan Anhar. Apa yang ada di dalam kepala saya hanyalah mahu mengejar nenek tua berkebaya hijau itu.

 

“Suhaimi..! Suhaimi… Miiii…” saya ternampak Fahmi dan Anhar sedang melaung nama saya.

Kedudukan kami sangat hampir tetapi hairan mereka seolah-olah tidak nampak saya hanya satu hasta di belakang mereka.

 

IKLAN

“Fahmi… Anhar!” saya pula memanggil. Namun, suara saya juga tidak mereka dengar! Nenek tua itu pula hanya tersenyum memerhatikan saya.

 

“Ni tak boleh jadi. Aku fikir elok kau azan sahaja tujuh kali. Kalau tak, Tiada langsung bunyi unggas ataupun sahutan ungka yang biasanya bingit di telinga. Hatta seekor nyamuk pun tidak ada yang mengigit tubuh badannya!

 

“Aneh betul suasana tempat ni… mahu hilang Suhaimi” kata Fahmi kepada Anhar. Saya lihat Anhar hanya mengangguk.

 

Sebaik sahaja Anhar melaungkan azan, nenek tua berkebaya hijau tadi menutup telinga dan berjalan tergesagesa meninggalkan saya. Ketika itu pula pandangan saya seakan berpinar, dengan pandangan keliling saya berputar laju.

 

Azan kali kelima, barulah Fahmi dan Anhar terlihat saya yang hampir pengsan di perdu pokok cengal itu. Mereka berdua memapah saya pulang dan kemudian menumpangkan saya pada sebuah teksi sapu yang ada di situ.

 

baca juga Mistik – Terbabas Ke Pasar Malam Bunian

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI