Selain deria penglihatan, sotong juga mencari makanan dengan deria bau. Jadi, untuk meningkatkan peratusan strike, digalakkan anda menggunakan minyak yang berperisa pada candat bagi menarik perhatian sotong terutamanya mengabang, torak dan katak.

 

Minyak Pemikat Sotong Terbaik Untuk Candat Sotong

 

Tip kejayaan:

 

Untuk berhasil strike sotong dengan teknik casting atau eging, pertama sekali anda perlu kenali lokasi yang berpotensi. Sebagai contoh lokasi ialah di benteng pemecah ombak Seberang Takir, Terengganu. Waktu terbaik untuk memulakan operasi ialah ketika air laut mula pasang.

 

Sebelum memulakan casting, sapukan seluruh badan candat dengan minyak 3D Matsumoto Candat Sotong.

 

Ads

Minyak Pemikat Sotong Terbaik Untuk Candat Sotong

 

Jika candat yang digunakan berbadan plastik licin tanpa balutan kain, sapukan saja minyak tersebut pada bulu di kiri dan kanan kepala candat.

 

Apa saja candat boleh digunakan asalkan ia mampu beraksi dengan baik. Candat murah pun boleh.

 

Selepas disapu minyak, biarkan ia meresap pada kain untuk tempoh 20-30 saat. Kemudian barulah mulakan lontaran.

Ads

 

Minyak Pemikat Sotong Terbaik Untuk Candat Sotong

 

Cara casting atau eging pula, gunalah peralatan yang sesuai untuk membolehkan lontaran dilakukan dengan sempurna.

 

Selepas melakukan lontaran, tunggu candar tenggelam ke dasar. Kemudian lakukan henjutan 3-4 kali, kemudian biarkan tenggelam semula.

Ads

 

Dan apabila hampir sampai ke batu, tariklah secara perlahan-lahan.

 

Minyak Pemikat Sotong Terbaik Untuk Candat Sotong

 

Dalam satu sesi eging, biasanya saya memancing dalam tempoh dua jam saja. Sepanjang tempoh ini saya hanya sapu sekali saja minyak pada candat.

 

Ini kerana minyak tersebut dapat bertahan lama. Malah selepas dua jam, kalau disentuh dengan jari masih boleh rasa melekit lagi.

 

Minyak Pemikat Sotong Terbaik Untuk Candat Sotong

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI