Petang itu memang dah rancang nak balik kampung sekejap sebab bila birthday aku je… mak akan masak sedap-sedap. Maklumlah anak emak… walaupun usia dah masuk 40-an. Sebelum balik aku bercadang untuk casting haruan di kampung.

 

Bekalan katak RM5 siap dibeli. Sahaja standby, walaupun aku lebih menggemari katak ‘tipu’ yang sememangnya ada dalam simpananku lebih kurang 10 jenis. Hijau, hitam, merah, kuning dan macam-macam warna.

 

Cuaca memang panas petang tu. Adikku Razien dari KL, yang juga sedang bercuti dan masih kurang ilmu casting aku heret sama masuk ke dalam belukar demi memburu spesies snakehead ganas ni.

 

Meruan Di Lombong Pasir Rahsia

Ads

 

Dengan berbekalkan mineral water, 100 plus dan oren sunquick kami berdua bergerak ke lombong pasir simpang Wa Ha, Kota Tinggi. Aku redah kebun kelapa Sawit lebih kurang 5 Km dari rumah emakku.

 

Kawasan lombong pasir ni lapang tetapi kereta kecil tak boleh masuk. Pusingan pertama kami gunakan katak hidup dengan tiga lontaran sahaja aku dah dapat lesen. Lesen opening beb! Lebih kurang dua jam beraksi dapat la lima ekor saiz ‘ubat’ iaitu beratnya sekitar 200-500 gram seekor.

 

Ads

Meruan Di Lombong Pasir Rahsia

 

Aku mengajak Razien berpindah tempat yang agak lengang dan sunyi tak jauh dari tempat tadi. Masih lagi menggunakan katak hidup. Razien memulakan lontaran akan tetapi rabut. Lalu kami bertukar ke ‘froggie’ getah.

 

Ads

Dengan sekali lontaran rentapan yang agak ganas menyambar umpan kami. Dalam masa 10 minit dua ekor haruan bersaiz lengan berjaya kami naikkan.

 

Meruan Di Lombong Pasir Rahsia

 

Aku masih tidak puas hati tapi jam menunjukkan hampir 6.30 petang. Aku Teruskan lontaran dan dengan tidak disangka-sangka seekor haruan bersaiz kasar menyambar froggie hijau dan ditelan habis. Pertarungan itu membuatkan Aku tak lena tidur. Memang thrill. Semuanya buat aku makin bersemangat nak balik kampung lebih kerap.

 

Meruan Di Lombong Pasir Rahsia

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI