Resipi ikan kukus ala Hong Kong yang kami kongsi ini begitu mudah untuk disediakan. Dalam masa singkat korang boleh rasa resepi yang biasa disaji ketika perayaan Tahun Baru Cina ini.
Bahan-bahan
1 ekor (500gm-700gm) ikan merah sepang dibersihkan dan dibuang perut
45g bawang putih, dicincang halus
30g halia, dikupas kulit & dihiris nipis
50g Lee Kum Kee kicap perasa untuk makanan laut
100g minyak masak
Hiasan
7g daun bawang, dihiris nipis
10g daun ketumbar, daun sahaja
Cara-cara Memasak ikan
Isi ¾ pengukus anda dengan air, pastikan air tidak sampai lubang pengukus. Tutup pengukus dan didihkan di atas suhu tinggi.
Perkara penting adalah menggunakan pinggan yang cukup besar untuk memuatkan ikan anda. Jangan lupa lihat sama ada ikan dan pinggan tersebut muat di dalam pengukus. Tidak mengapa jika ikan terkeluar sedikit dari pinggan kecuali anda bercadang untuk hidangkan di atas pinggan yang sama.
Letakkan ikan di atas pinggan yang dipilih dan letakkan hirisan halia di dalam perut ikan.
Apabila pengukus anda sudah boleh digunakan, letakkan pinggan berisi ikan di dalam pengukus. Tutup dan biar dikukus selama 10 minit. Pemasaan untuk ikan dikukus adalah berbeza menurut saiz dan jenis ikan yang anda gunakan.
Jadi, perkara yang terbaik adalah melihat sama ada ikan mencapai suhu dalaman 63°C agar ikan masak sempurna. Jangan risau jika ikan anda lebih besar daripada pinggan anda
Apabila ikan sudah dimasak, padamkan api dan keluarkan pinggan berisi ikan dari pengukus. Jika anda menggunakan pinggan yang lain untuk dihidang, hati-hati apabila memindahkan ikan anda.
Menyediakan sos
Panaskan minyak masak di dalam kuali kecil di atas suhu tinggi.
Apabila minyak sudah panas, kira-kira 1 minit, masukkan bawang putih dicincang dan goreng sehingga berwarna keperangan. Kacau untuk pastikan bawang putih masak dengan sekata dan tidak hangit.
Masukkan bawang putih ke dalam minyak panas
Apabila bawang putih sudah bertukar keperangan, kira-kira 1 minit, padamkan api dan pindahkan kuali ke atas permukaan tahan panas. Masa untuk bawang putih bertukar perang bergantung pada saiz cincang bawang putih tersebut dan juga suhu minyak serta kuali. Perhati dengan teliti bawang putih anda untuk melihat perubahan warna.
Apabila bawang putih keperangan, masukkan kicap terus ke dalam kuali dan kacau rata.
Tuang sos ke atas ikan. Akhir sekali hias dengan daun bawang dan ketumbar.