Menu Simbol Kamera DSLR Nikon Yang Perlu Diketahui

Share

 

Bagi kaki pancing yang berminat mengambil gambar, teruskan usaha merakam foto keadaan sekeliling kita termasuk merakam potret dan momen, kejadian banjir, kerana dengan gambar-gambar sebegini mampu menjadikan gambar tersebut bernilai dan menjadi momen bersejarah yang tidak boleh ditukar ganti.

 

Pada kali ini, kita akan kenali lebih lanjut semua simbol-simbol yang terdapat pada kamera Nikon. Mungkin kebanyakan para pemancing masih kurang pendedahan mengenai simbol-simbol seperti ini dan fungsi mode ini amat membantu sekiranya anda kekurangan masa untuk menangkap gambar.

 

 

Auto Mode – ia telah diprogramkan secara auto mode dari segi bacaan aperture, shutter speed, ISO, AWB (auto white balance). Anda hanya perlu laraskan sahaja, dan gambar akan terhasil secara auto mengikut bacaan persekitaran.

 

Auto Flash Off Mode – Fungsinya sama seperti auto mode, Cuma ia sesuai digunakan pada persekitaran tertutup seperti dalam muzium, teater, dalam rumah.

 

 

Portrait Mode – Penggunaan mode ini akan menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan mulus. Penggunaan aperture yang lebih tinggi atau rendah akan menyebabkan bahagian belakang gambar tidak fokus.

 

Landscape Mode – Ia dihasilkan bagi memudahkan juru foto mengambil gambar yang bersaiz landskap terutamanya di waktu siang. ‘Built-in-flash’ akan dimatikan secara automatik dan anda pastinya memerlukan tripod sebagai sokongan.

 

 

Child Mode – Fungsi kamera ini adalah untuk menjadikan latar belakang gambar menjadi lebih terang dan ceria selain membuatkan kulit kanak-kanak menjadi lebih lembut.

 

Sports Mode – Flash akan automatik tutup dan butang ini akan automatik set pada shutter speed lebih tinggi untuk memegunkan segala pergerakan.

 

 

Close-up Mode – ia akan mengecilkan saiz aperture untuk menghasilkan depth-of-field yang baik. Gunakan tripod bagi mengelakkan gegaran berlaku sewaktu mengambil gambar.

 

Night Portrait Mode – Flash akan terus dihala pada subjek. Ia amat sesuai digunakan sewaktu mengambil gambar pada waktu malam.

 

Manual Mode – ia digunakan sepenuhnya untuk mereka yang lebih profesional. Anda boleh set sendiri shutter speed atau aperture untuk kegunaan dan kesesuaian anda.

 

 

Aperture Priority – Gunakan ini jika anda ingin set sendiri aperture anda. Fungsi yang lain seperti shutter speed, ISO, AWB akan ditentukan sendiri secara auto pada kamera.

 

Shutter Priority – Begitu juga dengan simbol ini. Anda boleh set sendiri shutter speed dan yang lain akan ditentukan oleh kamera.

 

 

Program AE Mode – Sangat ideal digunakan untuk mengambil gambar sebarang acara atau kekurangan masa. Kamera akan secara auto set pada shutter speed dan aperture akan tetapi anda perlu set sendiri dari segi AWB, ISO, setting lain dan sebagainya.

Published by
Amang