Mengenali Spesies Pari Secara Keseluruhan

Share

 

Profil pari

 

Keluarga: Rhinobatidae, Rhynchobatidae, Rajidae, Dasyatidae, Myliobatidae, Rhinopteridae, Torpenidae.

Nama Inggeris: Thornback, butterfly, eagle, guitar, numbfish ray, stingrays.

Nama tempatan: 32 nama seperti pari batik, ayam, beting, bunga, daun, helang, karang, reben, paus, karas, serban, lalat, ketuka, belanda, ampai, kelawar dan sebagainya.

 

 

Ciri Fizikal: Ada 9 bentuk utama mengikut keluarga masing-masing. Badan leper dan bulat, berekor dan sengat (kecuali 3 spesies), setengah bersirip kecil di depan dan bahagian belakang, warna putih bahagian bawah badan.

Diet: Sotong cumit, sotong kurita udang, anak ikan, perumpun dan belanak.

Habitat: Persisiran pantai dan sungai yang berpasir tidak tercemar, batu karang dan laut lepas.

Taburan: Seluruh semananjung, Sabah, Sarawak, Indo Pasifik dan kebanyakan tempat di benua Asia, Australia, Afrika, dan Amerika.

 

 

Di dalam air ia nampak berenang secara perlahan-lahan, tapi apbila tersangkut pada mata kail pemancing, fuuh… berdesup perginya macam lipas kudung malah lengguk badan yang leper itu ketika cubaan untuk meloloskan diri dari pemancing.

 

Nama pari begitu menyerlah dalam pertandingan memancing pantai. Sama ada ia lebih banyak dari spesies ikan, saya tak pasti tetapi kewujudannya memang tak dinafikan. Saiz yang biasa diperolehi oleh pemancing sekitar 1 kg hingga 40 kg.

 

 

Ada juga pemancing pernah mendaratkan pari melebihi 100 kg dengan mengunakan joran. Inilah yang paling best bila melihat joran melenduk menyembah permukaan air apabila bertarung spesies yang berat.

 

Tangkapan yang lebih dari itu kebanyakan ditangkap dengan pengunaan rawai mata pari (sejenis rawai tanpa umpan) atau jaring. Pari boleh membesar sehingga 3meter lebar (pari Helang) dan berat sukar dipastikan bergantung jenis keluarga pari tersebut.

 

 

Ada yang menyatakan boleh mencapai 300kg terutama pari paus atau kalok (manta ray) iaitu sejenis pari yang hanya memakan plathon di permukaan air. Jarang ditangkap oleh pemancing kecuali tersangkut secara tidak sengaja.

 

Keluarga pari yang kecil lebih dikenali sebagai tetuka yang memang paling banyak terdapat di negara kita. Jenis jagoan yang biasa digantung di depan meja hakim adalah dari jenis pari tanjung, rimau, benting, pasir, reben, dan kadangkala sikecil tetuka pun ada kena gantung bersama-sama untuk beradu nasib bagi pihak pemancing.

 

 

Pari yang rata-rata berbadan leper, berbentuk bulat, muncung yang lembut, mulut di bahagian bawah, berekor panjang dan mempunyai sengat di tengah ekor sama ada satu atau dua duri yang bisa, dan ada juga berbentuk seperti ikan dan burung helang.

 

Kepala pari dan badan ikan digelar yu kemejan, manakala spesies yang mempunyai dua ruas badan dikenali sebagai pari serban atau pari karas (electrik ray). Pari jenis ini dikatakan dapat menghasilkan tenaga eletrik sehingga 100volt yang digunakan untuk melemahkan mengsa sebelum memakannya.

 

 

Untuk spesies ini yang bersaiz maksima sehingga 60cm ia dikatakan dapat menjana kejutan eletrik sehingga 200volt. Jadi hati-hati dengan spesies yang mempunyai bahagian ekor yang agak besar berbanding dengan jenis pari yang lain.

Published by
Amang