Nama Saintifik: Plicofollis layardi

Keluarga: Arridae

Nama Lain: Duri, Pepulut, Mayong, Utek, Pulutan

Ciri Fizikal: Badan cerah, bersengat 3, memiliki 4 pasang sesungut, ekor cabang memanjang. Kepala leper dan keras.

Diet: Hampir semua hidupan di muara sungai dan sekitar habitatnya termasuk krutesia, anak ikan, perumpun, sotong dan sebagainya

Habitat: Muara sungai, persisiran pantai kedalaman sehingga 50 meter.

Taburan: Persisiran pantai timur Afrika, barat India, Asia Tenggara dari Teluk Benggal, Selat Melaka hingga Laut China Selatan

Tempatan: Hampir serata semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Mengenali Spesies Ikan Duri Paling Putih

 

Ads

Apabila kita berjinak-jinak memancing di kawasan muara dan persisiran pantai, ikan duri hampir pasti menguasai setiap pelusuk kawasan atau padang pancing, satu spesies yang lumrah dan sukar untuk pemancing untuk menjauhinya termasuk saya sendiri.

 

Namun jika dilihat dari sudut keseronokan memancing ikan duri boleh memberi kepuasan kerana kadar sentapan dan ragutan terhadap umpan lebih tinggi berbanding ikan lain. Kalau tunggu spesies lain, boleh terlelap, adanya duri boleh juga menghindarkan pemancing termenung memanjang menunggu joran melentur.

 

Mengenali Spesies Ikan Duri Paling Putih

 

Begitupun ramai kaki pancing yang saya temui di lembah Kelang mengemari ikan duri pepulut ini kerana isinya lebih sedap berbanding spesies duri yang lain. Ia ada kelasnya tersendiri.

Ads

 

Bentuk Dan Ciri Fizikal

 

Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesungut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (1 atas badan, 2 di kiri kanan sirip utama).

 

Mengenali Spesies Ikan Duri Paling Putih

 

Ads

Separa bisa saya maksudkan ialah kesan bisa tidak lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.

 

Duri pepulut atau ikan pepulut di kenali berdasarkan bentuk fizikalnya berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.

 

Mengenali Spesies Ikan Duri Paling Putih

 

Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, duri pepulut hanya membesar pada saiz maksimun 36cm atau 1.2 kaki. Rekod tangkapan saya sekitar purata 1kg ke bawah.

 

Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar di tanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali. Cara mudah gunakan plier muncung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendaki ia, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya.

 

Mengenali Spesies Ikan Duri Paling Putih

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI