Nama umum: Reeve’s croaker

Nama saintifik: Chrysochir aureus

Keluarga : Sciaenidae

Nama Lain : Gelama, gelama pisang, sangey, gelama China

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

 

Ciri Fizikal : Badan slim menirus panjang, asas kekuningan dan satu lagi krim keperakan, ekor lebar dan menirus hala ke hujung

Diet : Perumpun, udang, anak ketam, ikan kecil, bilis, sotong, alga

Habitat : Boleh ditemui di kebanyakan tempat, air cetek atau dalam, air payau, muara , sungai dan laut. Tapi kebanyakan di kawasan muara dan pantai air dalam.

Taburan Tempatan : Banyak dilihat di sebelah pantai barat semenanjung berbanding pantai timur pula gelama papan menguasai tangkapan.

IKLAN

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

 

Gelama ini mudah dikenali walaupun terdapat 15 jenis yang terdapat di perairan negara kita dengan berpandukan kepada bentuk dan warna sisik yang halus terdapat pada badannya. Dipercayai dua dari 15 spesies gelama ialah gelama emas berpandukan bentuk badan sama kecuali warna berlainan sedikit.

 

Jenis yang dibezakan untuk spesies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta saiz badan. Gelama emas yang cantik ini dikenali dengan nama Chrysochir aureus. Purata saiz kurang dari 25cm. Nama umumnya sebagai ‘croaker’ kerana bunyi yang dikeluarkan seperti “krook” berulang kali sebaik sahaja dikeluarkan dari air.

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

IKLAN

 

Namun tidak semua spesies gelama mengeluarkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar dari atas malah di dalam air ia mengeluarkan bunyi yang mudah dikesan oleh juru selam berpengalaman untuk nelayan tradisional bagi menjalankan aktiviti menjaring.

 

Gelama emas adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walapun bersaiz kecil. Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengari walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini di bawah air.

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

 

IKLAN

Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut di bahagian dasar untuk mencari makanan. Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.

 

Ia juga didapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan, selampai, gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim. Ini berdasarkan andaian berikutan spesies yang turut sama dinaikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama emas.

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

 

Begitupun kebanyakan pencarian untuk gelama emas tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Klang. Warna sisik gelama emas yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih.

 

Gelama emas secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana. Ini berdasarkan pengamatan kerana jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan. Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang. Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.

 

Mengenali Spesies Gelama Emas

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI