Pernah anda memancing tanpa menggunakan mata kail? Tentu saja tidak pernah. Ini jelas membuktikan betapa pentingnya mata kail sebagai peralatan memancing.

Sebagaimana pentingnya mata kail untuk memancing, begitu jugalah pentingnya untuk anda mengenali anatomi atau bahagian mata kail.

 

 

EYE/CINCIN

Ia merupakan bahagian paling atas di mana ia menjadi bahagian utama untuk menghubungkannya dengan tali pancing dengan simpulan atau ikatan-ikatan mata kail.

 

SHANK/TERAS

Bahagian yang menyambungkan mata ke bingkai mata kail. Setiap mata kail memiliki teras yang berlainan kepanjangannya dan bergantung kepada jenis aplikasi memancing.

Ads

Sama ada terus panjang atau pendek, penghujungnya semakin cenderung untuk bengkok.

 

BEND / LENGKUNG

Lengkung atau selekoh di bahagian bawah mata kail yang terdiri daripada pelbagai gaya dan jurang.

Bahagian ini adalah tulang belakang mata kail kerana jika diberi tekanan berlebihan akan melurus sekali gus bakal kehilangan ikan yang dipancing.

 

GAP / JARAK

Ads

Ia adalah jarak antara hujung bilah mata kail dan teras yang tercipta dari hasil panjangnya lengkung.

Jarak jurang itu ditentukan berdasar pada umpan yang digunakan dan lebar rahang spesies sasaran.

Untuk lebih jelas, untuk cangkukan sempurna ikan berahang luas memerlukan jurang mata kail yang lebih luas.

 

POINT / MATA JARUM

Boleh dikatakan ia bahagian paling penting pada mata kail. Mata jarum yang kuat dan tajam adalah kritikal kerana ia adalah titik pertama di mana ia berhubung dengan ikan.

Ads

Sekiranya ia gagak menembusi mulut ikan maka ia adalah kegagalan mutlak.

 

BARB / DURI PANDAN

Bahagian ini direka untuk memegang ikan yang dipancing apabila mata kail menembusi bahagian mulutnya.

Bahagian ini juga menjadi bahagian paling ditakuti oleh pemancing sekiranya mata kail tertancap pada anggota badan sendiri.

Justeru bagi pengamal sukan memancing sejati, mereka akan mematahkan duri pandan atau menggunakan mata kail tanpa duri pandan kerana ia bersifat lebih adil dan mesra kepada pemancing dan juga ikan.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI