Mengenal Spesies Udang Rimau & Cara Terbaik Memancing

Share

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Arthropoda

Subphylum: Crustacea

Class: Malacostraca

Order: Decapoda

Suborder: Dendrobranchiata

Family:  Penaeidae

Genus: Penaeus

Species: P. monodon

Binomial name: Penaeus monodon, Fabricius 1798

 

 

Udang harimau atau nama saintifiknya Penaeus monodon mula dihuraikan oleh Johan Christian Fabricius pada 1798. Ia kekal agak lama sehinggalah 1949 apabila Like Holthuis mengklasifikasinya.

 

Nama umum udang harimau yang paling kerap digunakan ialah giant tiger prawn atau Asian tiger shrimp merupakan spesies udang, iaitu haiwan laut krustasea yang banyak diternak sebagai makanan.

 

Taburan semulajadi adalah di Indo-Barat-pasifik, dari timur Afrika, Semenanjung Arab, sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun. Ia boleh didapati di timur Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan Suez. Tambahan lagi populasi invesif telah menetap di Hawaii dan persisiran Laut Atlantik USA (Florida, Georgia dan South Carolina).

 

 

Udang harimau betina mampu mencecah 33 cm panjang, dengan berat 200-320 gm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 25-30 cm sahaja. Sementara udang harimau jantan lebih kecil sekitar 20-25 cm panjang dengan berat sekitar 100-170 gm sahaja.

 

Tip memancing

 

Sebenarnya memancing udang harimau kolam lebih kurang sama dengan memancing udang galah kolam tetapi berbeza dengan memancing di Sungai. Pemancing perlu ada sedikit pengalaman dan skill. Saya yang sekian lama tidak memancingnya kerap kali gagal, hampir 2 jam memancing barulah berjaya mempelajari teknik & taktik.

 

 

Tumpuan terhadap joran penting kerana jika leka umpan akan dicuri udang. Jika pelampung bergerak atau tenggelam, berikan sedikit ruang agar udang dapat membawa lari umpan kerana ketika itu udang sedang membawa umpan sambil cuba memakannya.

 

Perlahan-lahan angkat joran dan lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkok kemas di mulut udang.

 

Apa yang saya lihat ia memerlukan ketekunan dan sentiasa berubah tempat mencari port udang berkumpul, samalah seperti memancing udang sungai, cuma bezanya hanya perlu bergerak selangkah dua sahaja.

 

 

Sebenarnya tidaklah sukar atau perlu menunggu lama seperti memancing di Sungai. Jika kena pada port, labuhkan umpan terus mendapat sambaran.

 

Khasiat udang harimau

 

Udang adalah makanan kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh Manusia. Kandungan utama udang yang sangat terkenal adalah protein yang diperlukan untuk pemakanan dan lemak rendah. Udang juga mengandungi antioksidan seperti  selenium kandungan ini memberikan manfaat dalam mengurangkan risiko kebotakan dan kanser.

 

 

Selain daripada kandungan mineral penting yang terkandung di dalam udang adalah viamin seperti omega 3. Omega 3 berguna untuk meningkatkan kecerdasan dan dapat melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas, mencegah pembekuan darah dan pengoksidaan kolesterol jahat sebagai penyebab utama penyakit jantung.

Published by
Amang