Ikan likoh ini bukanlah ikan native Malaysia… sebaliknya ianya juga ikan pendatang. Ia berasal dari China dan diternak di China sejak dari tahun 457 selepas Masihi dan dibawa ke Eropah pada tahun 1150 masihi, dan dibawa ke England pada tahun 1946 masihi dari Austria.
Di Austria pulak ia diternak sejak tahun 1227 masihi! Bayangkan la… orang putih pun makan ikan yang terlantar kaku atas meja ni… kita pun sama hebat dengan warga England… Austria… hahaha!
Di Malaysia… ikan likoh ini banyak berada di kolam, lombong dan sedikit di sungai. Memandangkan ianya sejenis carp dengan tabiat pemakan rumpair dan tanaman dalam air… ianya adalah omnivor.
Ads
Ikan likoh ini aktif makan pada waktu siang… namun ianya boleh berubah tabiat makan ikut waktu persekitaran. Ikan likoh yang sihat dan hidup di persekitaran yang baik biasanya cantik warnanya.
Ikan likoh ni agak unik di mana walaupun ianya hanya sejenis tetapi ianya boleh menghasilkan anak yang berwarna berbeza (variati atau ras). Ibu yang berwarna emas boleh menghasilkan ikan likoh yang berwarna hijau zaitun dan adakalanya berwarna putih berkilat (dipanggil kap cermin).
Ads
Sedangkan ianya spesies yang sama… seperti kucing hitam yang melahirkan anak berwarna oren… sedangkan dari induk yang sama.
Ads
Ikan likoh ini mempunyai badan yang bulat… sisik yang besar… dan mempunyai ekor V yang tebal pangkal ekornya. Ia mempunyai sirip dorsal yang sangat panjang… dan sirip bawah yang pelvik.
Mulutnya terkehadapan dan menjuih sikit ke bawah menunjukkan ianya adalah jenis bottom feeder.
Isi ikan likoh ini sangat lembut dan cepat rosak. Kompartment perutnya pnn besar dan tebal dan lembik. Disebabkan ikan likoh ni isinya lembut… sebab itulah warga Eropah dapat terima ikan likoh ni dalam senarai menu mereka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.
Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.
Terma Menongkah
Menongkah mencari sotong biasanya dilakukan pada waktu malam dan ketika air surut sehinggan timbul beting berselut. Jika turun ke dalam selut ini, anda boleh tenggelam sehingga paras pinggang.
Kayu lapis atau papan dijadikan sebagai peluncur atau kenderaan untuk menongkah selut.
Peralatan lain selain papan untuk menongkah ialah lampu kepala (headlamp) dan baldi untuk mengisi sotong.
Sewaktu menongkah lampu akan disuluh ke permukaan selut untuk melihat jika terdapat sotong kurita.
Jika tersuluh sotong kurita, cepat-cepat pegang kepalanya dan masukkan ke dalam baldi.
Jika sotong masuk ke dalam selut, cepat-cepat gali dan cekak kepala sotong tersebut.
Kawasan menongkah sotong biasanya di kawasan selut yang tidak mempunyai kerang-kerangan.
Tip lain ialah, sotong ini mencari ketam sebagai makanannya. Jadi tumpukan pada kawasan selut yang mempunyai ketam.
Madai jigging merupakan satu teknik memancing (jigging) yang mana jig yang digunakan adalah meniru aksi renangan sotong.
Teknik pancingan yang berasal dari negara Jepun ini mula popular di negara kita sekitar lebih 10 tahun yang lalu. Jig yang berupa kepala sotong dengan rambu-ramba ini turut dikenali sebagai jig tengkorak.
Madai jigging juga adalah satu cara yang bagus untuk menjerat ikan dasar. Cara menggunakan madai ialah dengan perlahan sekali tetapi tidak perlu menghenjutkan joran kita.
Selepas madai diturunkan dan sampai ke dasar, kita hanya perlu mengangkat joran kita naik ke atas dengan cara yang paling perlahan sekali dan turunkan joran untuk madai sampai ke dasar dan mengetuk dasar.
Cara ini perlu dimainkan dengan cara yang paling perlahan dan mengetuk dasar.
Selaku jig yang dimainkan di dasar, tentu saja ikan sasaran adalah dari spesies bersisik terutamanya jenahak dan kerapu.
Hari ini, madai jigging sudah kurang dipraktikkan setelah ditenggelami oleh populariti jigging perlahan yang mana ia ternyata jauh lebih berkesan memburu spesies demersal berbanding madai.
Terkini, teknik tai rubber yang diadaptasi dari madai jigging terbukti lebih berkesan berbanding madai jigging sekaligus seperti menutup ruang sepenuhnya ke atas madai jigging.
Lain kolam lain pula umpannya. Atas sebab itulah apabila memancing di mana-mana kolam air tawar berbayar, jangan segan untuk bertanya kepada pemilik atau pengurus kolam tersebut umpan yang sesuai digunakan. Dan ini merupakan umpan yang biasa diguna di kolam Harmoni, Puchong.
Bahan-bahan yang digunakan.
Pes perisa pandan
Pes perisa pisang
Santan kotak
Roti sandwic
Cara-Cara Penyediaan:
Langkah 1
Masukkan kira-kira setengah kotak santan (pek kecil) ke dalam botol yang berisi 30 ml pes perisa pandan.
Langkah 2
Masukkan 1 penutup pes perisa pisang ke dalam botol tersebut.
Langkah 3
Goncang botol campuran bahan tersebut sehingga benar-benar sebati. Ia sudah sedia untuk digunakan bersama roti atau palet.
Langkah 4
Potong dadu sebungkus roti sandwic dan masukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.
Langkah 5
Tuang sos umpan yang dihasilkan ke atas roti dadu (jangan terlalu banyak) dan pastikan setiap potongan roti mengenai sos umpan.
Langkah 6
Umpan yang sedia digunakan untuk dicucuk dan dikepal pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...