Mengenal Secara Ringkas Profil Peacock Bass!!

Share

 

Sekurang-kurangnya terdapat 15 spesies peacock bass iaitu Cichla monoculas, Cichla ocellaris, Cichla orinocensis, Cichla intermedia, Cichla temensis dan satu lagi spesies yang belum bernama saintifik dikenali blue atau grey barred.

 

 

Dua spesies yang memasuki Malaysia dipercayai spesies Cichla monoculus, peacock bass paling kecil dan biasa dijumpai dan Cichla temensis atau dikenali Grande peacock bass, spesies paling besar.

 

Peacock bass biasa (C. Monoculus) boleh membesar sehingga 5kg manakala grande peacock bass (C. Temensis) boleh membesar sehingga 15kg. Rekod dunia IGFA (International World Game Fishing) untuk peacock bass ialah grande peacock bass seberat 27lb.

 

Peacock bass mampu membiak dengan subur di perairan air tawar kita. C. monoculas matang dalam umur setahun dengan panjang 12 ke 13 inci. Selepas itu pasangan tersebut akan membiak dua kali setahun.

 

 

Peacock bass mengempas telurnya pada substrat yang keras di air cetek. Telur akan menetas dalam masa empat hari dan induknya akan menjaga anak sehingga sebesar 3 inci panjang. Hanya ikan sebegini mampu mengatasi tekanan penangkapan dan menjadi ikan sasaran pemancing pada kos yang sangat minimum.

 

Cara yang paling tepat untuk menentukan jantina peacock bass ialah dengan cara pemeriksaan gonad. Namun begitu sewaktu mengawan, bahagian kepala induk jantan akan membengkak dan saiznya lebih besar dari induk betina.

 

 

Published by
Amang