Untuk membolehkan kapal, bot atau sampan berhenti pada suatu tempat di perairan maka diperlukan sebuah sauh. Selain itu biasanya juga digunakan ketika kapal atau bot berhenti di perairan untuk maksud-maksud tertentu dalam waktu yang relatif lama atau ketika kapal mengalami gangguan, rosak atau aktiviti memancing.
Jenis dan kegunaan sauh bergantung pada:
Sauh adalah mutlak adaada di atas kapal, kerana merupakan jaminan keselamatan bagi kapal untuk tiba ditempat tujuan dengan selamat tanpa memperkecilkan kemungkinan bahaya di laut.
Clisold & Lynn membezakan sauh kepada 7 jenis iaitu :
Admiralty pattern anchor
Sauh paling asas yang sudah berkurun lamanya digunakan dan menjadi logo utama merujuk kepada sauh.
Stockless anchor
Digunakan untuk dasar perairan berkarang dan berlumpur halus. Semakin besar ukuran sauh maka semakin efisien.
Plough anchor
Digunakan pada kapal-kapal berukuran kecil.
Danforth anchor
Digunakan untuk kapal-kapal besar dan kapal tanker.
Light fold anchor
Digunakan untuk kapal/perahu yang berukuran kecil.
Mushroom anchor
Digunakan pada kapal-kapal kecil dan untuk tujuan berlabuh (mooring) baik di laut mahupun di pelabuhan.
Gradwell anchor
Digunakan untuk dasar perairan berkarang dan berpasir.
Secara umum sauh dibezakan dengan cara:
Sauh Paten (Sauh Tak Bertongkat)
Mempunyai 2 lengan, yaitu lengan tetap yang tidak dapat digerakkan dan lengan tidak tetap yang dapat digerakkan terbuat dari besi.
Ukurannya besar (untuk kapal-kapal tanker, kontainer, penumpang, kapal penangkap ikan skala besar.
Tali sauh menggunakan rantai.
Penyimpanan pada sarang sauh.
Perlu alat khusus untuk mengoperasikan sauh.
Sauh Bertongkat
Mempunyai 2 lengan berupa lengan tetap
Diperbuat daripada besi
Umumnya berukuran kecil hingga sederhana (untuk kapal-kapal barang, penumpang atau kapal penangkap ikan yang berukuran kecil)
Tali sauh diperbuat daripada rantai, tali besi/baja ataupun tali manila
Penyimpanannya harus dinaikkan ke atas dek kapal di bahagian haluan
Sauh Luku
Mempunyai 1 lengan
Berukuran kecil (umumnya hanya digunakan pada kapal ikan berukuran kecil)
Penyimpanannya harus dinaikkan ke atas dek
Tali sauh diperbuat daripada tali besi/baja atau tali manila
Sauh Sekoci
Mempunyai 4 lengan
Terbuat dari besi berdiameter 10-15cm
Diperbuat dalam ukuran kecil (umumnya untuk kapal-kapal perikanan berukuran kecil hingga sederhana)
Penyimpanannya dinaikkan ke atas dek pada bahagian haluan kapal
Sauh Danforth
Mempunyai 2 lengan
Mempunyai sebuah palang (besi) yang terletak di bawah tajuk sauh untuk mempercepat tenggelamnya sauh ke dasar perairan
Diperbuat daripada besi dan berukuran sederhana hingga besar (umumnya digunakan pada kapal perang)
Penyimpananya digantung pada sarang sauh
Lengan sauh dapat bergerak ke kanan atau ke kiri