Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di benua Afrika, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia. Di Malaysia ikan tilapia merupakan salah satu jenis ikan yang diternak dan dijual secara komersial terutama di kawasan penternakan ikan dalam kolam ikan air tawar.

 

Mengenal Profil Spesies Tilapia!!

 

Daripada 8 Genus Ikan Tilapia hanya 3 Genus yang paling banyak diternak dan dikenali serta mempunyai nilai komersial iaitu Genus Oreochromis, Genus Sarotherodon dan Genus Tilapia.

 

Genus Oreochromis sahaja mempunyai 30 spesis seperti Tilapia Hitam, Tilapia Biru, Tilapia Sirip Panjang, Tilapia Mozambique, Tilapia Nil, Tilapia Rufigi dan Tilapia Wami. Antara genus Tilapia Sarotherodon (lebih 10 spesies) adalah seperti Tilapia Mangga, Tilapia Senegal dan Tilapia Dagu Hitam. Genus Tilapia pula mempunyai lebih 40 spesis seperti Tilapia Berintik, Tilapia Zebra, Tilapia Dada Merah dan banyak jenis lagi.

 

Ikan tilapia berasal dari negara Afrika dan diperkenalkan ke Indonesia sebelum ia mula berhijrah secara rasmi ke negara kita semenjak tahun 1940-an lagi sebagai sumber protein dan memacu ekonomi industri peternakan ikan. Ia kemudian terus berkembang biak memasuki negara-negara beriklim tropika dan keupayaan mendiami perairan air masih melebihi air tawar.

IKLAN

 

Mengenal Profil Spesies Tilapia!!

 

Ia mempunyai kadar tumbesaran yang cepat sehingga 1.16 gm/hari, mudah dan cepat membiak, berketahanan melawan penyakit, bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran serta mempunyai nilai pasaran yang baik. Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 70 spesies tilapia yang direkodkan di nagara kita.

 

Ternakan tilapia bermula dengan membawa masuk spesies Oreochromis mossambicus (Mozambique tilapia – tilapia hitam gelap), diikuti Oreochromis niloticus (Nile tilapia – tilapia hitam kehijauan). Sementara tilapia merah pula adalah hasil dari kacukan T. mozambicus betina dan T. niloticus jantan pada tahun 1970-an lalu yang diusahakan oleh para penyelidik.

 

IKLAN

Secara amnya,tilapia mempunyai bentuk badan yang lebar dan sisi badan yang mampat. Badannya diselaputi sisik cycloid yang agak sukar dicungkil. Sirip dorsal, pelvic dan anal mempunyai ruji kasar dan lembut, manakala sirip pectoral dan kaudal hanya mempunyai ruji yang lembut. Sirip kaudal berbentuk bulat.Ikan tilapia adalah spesies yang mempunyai mulut pertengahan (terminal), sesuai dengan tabiat pemakanan ika ini iaitu dalam kumpulan omnivor.

 

Mengenal Profil Spesies Tilapia!!

 

Secara amnya juga, terdapat hampir 80 spesies tilapia yang telah dikenal pasti spesiesnya. Daripada jumlah tersebut, 10 spesies telah diternak secara komersial sebagai sumber makanan (Schoenen, 1982; Pullin, 1983). Antaranya ialah seperti berikut:

  1. Oreochromis niloticus

II.Oreochromis mossambicus

IKLAN

III.Oreochromis aureus

  1. Oreochromis urolepis-hornorum
  2. Oreochromis andersoni
  3. Oreochromis macrochir

VII. Oreochromis spilurus

VIII.Tilapia zilli

IX.Tilapia rendalli

X.Sarotherodon galilaeus

 

Mengenal Profil Spesies Tilapia!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI