Mengenal Profil Khusus Jenis-Jenis Gewang

Share

 

Gewang diistilahkan sebagai umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan menggalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri.

 

Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menjerat mulut ikan. Ia dicipta bagi ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental. Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya.

 

 

Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu:

 

SPINNERBAIT

Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).

 

 

PLUG

Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan di permukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam ke kedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.

 

 

SPOON

Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.

 

JIGGING LURE

Jig mempunyai pemberat pada badannya atau mempunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.

 

 

FLY

Fly adalah gewang kecil yang ringan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.

 

 

SOFT PLASTIC

Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Penggunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.

 

Published by
Amang