Toman bunga berkongsi persaudaraan dengan ikan haruan serta toman. Nama umum toman bunga ialah emperor snakehead dan dikelaskan dengan nama saintifik Channa marulloides. Manakala panggilan tempatan lain ialah kerandang, jelai, jaloi, kuang, jahai dan sebagainya lagi.

 

Mengenal Profil Ikan Toman Bunga!!

 

Berbeza dengan ikan toman (giant snakehead), ikan kerandang ini lebih tirus dan mempunyai badan yang panjang. Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut, mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan haruan dan ikan bujuk.

 

Ikan ini juga gemar tinggal di kawasan sungai pegunungan. Ikan ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri akuarium kerana rupa bentuknya yang cantik. Ikan toman bunga merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa.

 

IKLAN

Namun jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia tetap merupakan spesies bergigi tajam dan agresif. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

 

Mengenal Profil Ikan Toman Bunga!!

 

Berbanding saudaranya yang lain, populasi ikan toman bunga mengalami kemerosotan yang agak teruk. Hari ini ia semakin sukar untuk ditemui. Ikan ini juga boleh didapati di selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

IKLAN

 

Taksonomi

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

IKLAN

Order : Perciformes

Family : Channidae

Genus : Channa

Scientific Name:Channa marulioides (Bleeker, 1851)

Common Name : Emperor Snakehead

 

Mengenal Profil Ikan Toman Bunga!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI