Bagi pemancing yang baru menceburi acara memancing laut dalam, mereka menganggap jika berjaya menjinakkan ikan spesies berparuh ini sebagai lesen besar laut dalam! Ia sebenarnya bukan satu tanggapan berlebihan kerana ikan ini dikelaskan sebagai salah satu game fish utama dunia.

 

Sesetengah penyelidik berpendapat ikan layaran ini adalah spesies tunggal dengan nama umumnya Indo-Pasific sailfish. Namun ada juga penyelidik yang mendakwa terdapat dua jenis sahaja ikan layaran yang wujud iaitu Indo-Pasific sailfish dan Atlantic sailfish. Namun dalam pengkelasan taksonomi, hanya spesies Istiophorus platypterus yang dicatatkan.

 

Ikan layaran dikategorikan sebagai keluarga ikan billfish iaitu ikan yang bermuncung panjang atau berparuh, satu keluarga dengan ikan mersuji dan ikan pedang (marlin dan swordfish).

 

Berbanding mersuji, ikan layaran memiliki sirip dorsal umpama layar kapal yang kembang menawan dengan warna hitam kebiruan. Lawi pada bawah bahagian tengkuk (sirik pektoral) memanjang hampir ke setengah badan. Sirip layar, paruh dan lawi adalah ciri-ciri utama bagi seekor ikan layaran ini.

 

Layaran mampu membesar panjang sehingga 11 kaki panjang dan maksimum menurut rekod IGFA ialah 100.24 kg yang ditangkap di perairan Equador. Ia boleh dikatakan membiak sepanjang tahun di kawasan perairan tropika dan sub-tropika. Tiada musim tertentu waktu pembiakannya.

 

Mengenal Profil Ikan Layaran

 

Ads

Ikan pelagik ini biasanya ditemui di atas garisan suhu termocline (memisahkan suhu air sejuk di bawah dan air panas pada paras atas). Sesuai dengan ikan beriklim tropika, ia banyak ditemui di lokasi laut bersuhu sederhana dan kebanyakan waktunya berlegar di permukaan air.

 

Ia boleh berada di kawasan lautan sedalam 1000 meter dan juga persisiran pantai di mana paras air kurang 20 meter. Walaupun berada di lautan dalam, spesies ini tidak akan berada lebih dari 100 meter kedalaman air.

 

Jika diperhatikan, lokasi yang lumrah ikan ini ditemui di Semenjanjung ialah di sekitar unjam (pantai Timur), Pulau Jarak, Pulau Bidan, sekitar uas dan Tukun Perak di Pantai Barat.

 

Amnya, lokasi permainan layaran ialah di kawasan yang diketahui banyak terdapat kumpulan ikan kecil yang merupakan sumber diet utamanya.

Di pantai barat, ikan ini lebih tertumpu di sekitar pulau berbatu kecuali di tuas manakala lokasi di pantai timur semenanjung pula ia lebih gemar pada gugusan unjam darat mahupun laut.

Ads

 

Sabah juga tidak boleh dinafikan sebagai syurga bagi layaran terutama di lokasi terumbu dan jurang laut di pinggir pulau.

 

Mengenal Profil Ikan Layaran

 

Yang menarik tentang layaran ialah tabiat semulajadinya yang gemar melakukan aksi akrobatik ke udara pada awal pagi dan menjelang senja. Waktu itu anda hanya mampu melihat kerana ia tidak berminat dengan umpan.

Jika kumpulannya banyak, anda boleh lihat sehingga melebihi 5 ekor melonjak ke udara serentak dan di sudut lain kumpulan layaran melakukan senaman unik.

Ads

 

Bagi spesies ikan yang banyak berlegar di sub permukaan air, makanan utamanya pula pastilah dari jenis pelagik seperti kembung, pelaling, anak tongkol, selar, selayang, tamban, lolong, selar kuning serta bilis. Anak tongkol, kembung dan pelaling boleh disifatkan sebagai kegemaran manakala tamban, selar dan sotong cumit sebagai alternatif.

Tempat kumpulan ikan pelagik berkumpul dan bermain juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi layaran.

 

Mengenal Profil Ikan Layaran

 

Nama binomial: Istiophorus platypterus

Famili : Istiophoridae (billfish)

Ciri fizikal : Ikan berparuh yang mana bahagian atas lebih panjang, sirip dorsal pertama dan kedua bersambung dan ia cantik apabila dikembangkan seperti layar, ekor bercabang

dan lawi memanjang keluar dari bahagian bawah badan. Badan berbelang tetapi tidak berapa terang apabila dikeluarkan dari air.

Habitat : Mendiami lautan tropika bersuhu panas dan sederhana. Sejenis ikan pelagik yang banyak menghabiskan masa di sub permukaan air.

Taburan : Dari lingkung utara India hingga Selatan Pasifik Australia, Laut Mediterranean, Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI