Mengenal Perbezaan Ikan Tengas Dan Kelah!!

Share

 

Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai tengas batu. Sementara ikan kejor atau tengas kejor ialah Neolissochilus Soroides.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai  Poropuntius Smedleyi. Apabila memperkatakan tentang ikan kelah, lazimnya ia merujuk kepada ikan kelah merah yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di negara kita ikan kelah merah dikenali sebagai Tor tambra (nama binomial).

 

Sementara ikan kelah biru jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Manakala ikan kelah hijau adalah panggilan nama merujuk kepada ikan tengas, iaitu satu spesies yang mirip mirip kelah, dan juga digelar sebagai false mahseer.

 

 

Ikan Tengas

 

Ikan tengas memiliki sisik yang lebih jarang berbanding ikan kelah.

 

Jika ikan tengas diterbalikkan, anda hanya dapat melihat 2 garis di bahagian bawah bibirnya.

 

Lebihan isi pada bibir ikan tengas amat pendek.

 

 

Ikan Kelah

 

Ikan kelah bersisik rapat. Perbezaan ini sebenarnya agak ketara tetapi ramai yang tidak memerhatikannya.

 

Ikan kelah memiliki lebihan isi yang panjang pada mulut atau bibir. Ini merupakan identiti khas bagi ikan kelah.

 

Ikan kelah turut terdapat lebihan di cuping median yang tidak dimiliki oleh ikan tengas.

 

Jika ikan kelah diterbalikkan, anda boleh perhatikan garis di bawah bibir. Terdapat 3 garis pada bahagian bibir ikan kelah.

 

Published by
Amang