Di Malaysia terdapat dua jenis ikan ebek yang sering dinaikkan dan boleh mengelirukan.
Kebanyakan pemancing tidak menyedari perbezaan ini dan memanggil kedua-duanya sebagai ebek saja.
Ebek yang dimaksudkan ialah ikan ebek kapak dan ebek bulat. Ebek kapak merupakan spesies Alectis indica manakala spesies ebek bulat pula merupakan spesies A. ciliaris.
Taksonomi Ebek Bulat
Kingdom:Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Carangidae
Genus: Alectis
Species:A. ciliaris
Ads
Binomial name: Alectis indica (Bloch, 1787)
Sama tapi tak serupa
Perbezaannya pula dapat dilihat melalui bentuk badannya mana ebek kapak mempunyai bentuk badan yang lebih bersudut terutama pada bahagian kepala. Sementara kepala ebek bulat pula lebih membulat.
Dan ebek kapak juga mempunyai tompok hitam pada bahagian operkulum atas berhampiran dengan sirip pektoral sedangkan tanda hitam ini tidak hadir sama sekali pada ebek bulat sama ada spesimen juvenil atau dewasa.
Ads
Ebek bulat juga mempunyai badan yang lebih padat dan tebal berbanding ebek kapak. Ebek bulat mampu membesar panjang sehingga 150cm dan berat maksimum 30kg.
Sementara ebek kapak pula lebih panjang sehingga 165cm dan berat maksimum pula sekadar 25kg.
Selain itu sirip kaudal ebek bulat lebih panjang selain mempunyai sirip anal yang lebih panjang berbanding ebek kapak. Walaupun pada spesies dewasa, juraian sirip ini masih kelihatan pada ebek bulat.
Dalam pancingan, ebek bulat agak cerewet dengan umpan tiruan dan lebih mudah dinaikkan dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup manakala ebek kapak pula lebih mudah terpedaya dengan unjunan besi atau pancingan dasar.
Ads
Taksonomi Ebek Kapak
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Carangidae
Genus: Alectis
Species:A. indica
Binomial name: Alectis indica (Rüppell, 1830)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sesudah sampai spot yang pertama Apollo dilabuhkan untuk mencari umpan fresh atau segar seperti ikan selar, tamban dan lain-lain lagi. Selepas kami mencari umpan segar untuk jadikan umpan bottom, kami terus menuju ke spot yang pertama iaitu sekitar tukun kapal.
Tanpa buang masa para pemancing terus menurunkan umpan telah dilekatkan pada mata kail. Umpan sotong dan ikan menjadi taruhan kami. Tidak menunggu lama, joran En. asmadi direntap kuat oleh penghuni dasar. Menggunakan set kekili Saltiga berjaya menarik ebek anggaran saiz 7kg dengan kepuasan kegembiraan terpancar pada raut wajah En. Asmadi.
Sebagaimana kita tahu perairan pantai timur khususnya Kemaman menjadi lokasi tumpuan pemburuan spesies ebek. Sama ada ebek kapak atau ebek bulat, kedua-duanya menjadi sasaran utama trip kali ini.
Setelah beberapa minit kemudian joran En. Amir telah direntap oleh penghuni dasar yang tidak pasti sama ada sagai, GT, cupak mahu pun spesies tak bersisik.
Dengan daya pecutan dan tekananan daya juang ikan sehinggalah melihat kelibat ebek bulat terdampar di permukaan laut. Kredit kepada tekong kerana sering berpindah lubuk bila tiada sambutan di lokasi yang dilawati.
Pada hari kedua seawal pagi tanpa buang masa umpan dilabuhkan untuk menjerat penghuni dasar, akhirnya joran Nan dan Aril disambut mesra penghuni dasar iaitu ikan bayan.
Menjelang pagi kami mula bertukar lokasi ke yang lain,kerna tiada tangkapan yang besar yang seperti diharapkan. Masing-masing masih ada yang tidur kerana kepenatan berjaga pada waktu malam. Semasa bot mula berangkat menuju ke spot yang lain, ada peserta mengambil kesempatan untuk berehat sementara sampai ke spot lubuk karang.
Organizer Abg Sham memberitahu kami bahawa sekitar lubuk karang mempunyai ikan gred seperti kerapu bara, jenahak dan merah. Tanpa menunggu lama En. Mahat merentap joran terus sahaja menggulung tanpa tentangan yang berat. Rupa-rupanya seperti yang diberitahu Abg Sham kerapu bara berskala saiz 1 kg dinaikkan dengan menggunakan umpan hirisan sotong.
Makan malam kami sediakan oleh En. Wan Mazhar. Fuhh… sedap beb! Menu ikan masak kari serta ulam dan pulak pekasam ikan tengas dibawa oleh Endy Kubis lagi penambah selera kami di atas bot dan kami berbincang dengan Abg Sham untuk pindah ke seterusnya.
Tidak menunggu masa, aksi joran Aril melentur sehingga mencacah air, fuhh… mesti monster yang ditariknya. Selepas beberapa minit aksi bertarung akhirnya pari 18kg dinaikan dengan menggunakan umpan hirisan sotang.
Selang beberapa minit En. Zam pulak menaikkan pari seberat 16kg selama 30 minit. Fuhh… lamanya. Hahaha… mana taknya habis berbelit tali pancing yang lain.
Pada awal pagi cuaca agak kurang mesra dengan kami, kami menerima alun yang agak tinggi menyebabkan bot terhuyung-hayang. Walau bagaimanapun tidak melunturkan semangat kami sebagai pemancing. Kami terima dugaan itu dengan berlapang dada dan bersyukur terhadap Ilahi.
Sekitar awal pagi ikan kacang menjadi ikan pengacau menyebabkan pemancing sering bertukar mata kail dan perambut.
Untuk kali ini kami berjaya menaikkan pelbagai spesies ikan terutama ikan target iaitu ebek. Pada trip ni jugak, ikan terbesar seberat 18 kg berjaya dinaikkan oleh Aril. Trip bottom dan jigging kali ni amat berjaya dan nantikan trip seterusnya.
Secara global dikenali dengan nama John’s snapper. Beberapa kawasan seperti di Australia, mereka menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, iaitu merujuk kepada tanda tompokan hitam (cap jari) pada badannya.
Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran (golden snapper) yang sama di sesetengah tempat. Di negara kita sendiri pun ia turut dikenali sebagai jenahak, jenak, unga dan macam-macam lagi.
Lazimnya John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies Lutjanus johnii (nama saintifik) yang besar atau dewasa, sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini. Keadaan ini sama dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan tetanda merupakan spesies yang atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini dapat disimpulkan jenahak dan tetanda adalah spesies ikan yang sama.
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper juga boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia. Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas.
Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka. Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka serta batu karang.
Dari segi morfologi luaran, sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa.
Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14. Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal.
Habitat bagi jenahak dewasa lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga perairan yang berstruktur. Bagi jenahak juvenil pula lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.
Spesies ini yang menghuni di kedalaman lebih 10 meter lazimnya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
Dalam rantaian makanan di persekitaran ideal, spesies ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam dalam piramid makanan. Ini bermaksud jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang, sotong dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthas seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
Sejak dari kecil saya cukup menggemari ikan kerisi. Khususnya ikan kerisi bersaiz kasar yang digoreng dengan sisiknya sekali. Disebabkan terlalu menggemari ikan ini, saya sedia ditugaskan untuk menyiang ikan ini.
Boleh dikatakan setiap kali menyiang ikan kerisi, saya akan temui ada sejenis ulat seperti kutu yang besar berada di dalam mulut ikan. Saya menyangka ia adalah sejenis udang laut yang menjadi makanan ikan.
Apabila bergelar seorang pemancing, saya ditemukan sekali lagi ulat ini ketika memancing di Kuala Rompin. Lantas saya menjadikannya umpan dan ternyata berhasil. Oleh kerana kerana itu tanggapan tersebut terus kekal dalam minda.
Setelah bergelar fishing journalist barulah saya tahu rupa-rupanya ulat itu sejenis parasit. Cymothoa exigua adalah krustasea parasit yang termasuk dalam keluarga Cymothoidae. Parasit ini memasuki ikan melalui insang, dan kemudian menempel di lidah ikan.
Cymothoa Exigua merupakan hidupan isopod parasit yang memulakan hidup sebagai jantan dan kemudian boleh bertukar jantina ke betina. Parasit tersebut akan memasuki mulut ikan melalui insang ikan dan membesar di dalam mulut ikan tersebut.
Cymothoa Exigua yang telah menjadi betina akan melekatkan diri pada lidah ikan dan menghisap darah serta lendiran dalam mulut ikan. Lidah ikan akhirnya akan mati dan digantikan dengan parasit tersebut sebagai lidah tiruan.
Cymothoa exigua betina memiliki panjang sekitar 8–29 mm dan lebar sekitar 4–14 mm. Sementara yang jantan memiliki panjang sekitar 7–15 mm dan lebar sekitar 3–7 mm.
Parasit betina menempel di lidah, sementara parasit jantan menempel di lingkungan insang di bawah dan di belakang parasit betina. Parasit ini menghisap darah melalui kaki cakar hadapannya sehingga lidah ikan mengalami simpton atrophy akibat kekurangan darah.
Cymothoa exigua kemudian menggantikan lidah ikan dengan menempelkan tubuhnya sendiri ke otot potongan lidah. Ikan tersebut mampu menggunakan parasit tersebut seperti lidah biasa. Dalam erti kata lain parasit ini tidak mengakibatkan kerusakan besar bagi ikan yang menjadi rumahnya.
Ia dianggap tidak berbahaya bagi manusia kecuali jika disentuh kerana akan terkesan dengan gigitannya. Di Puerto Rico, C. exigua pernah menjadi subjek dalam tuntutan mahkamah terhadap pengusaha pasar spesies ini ditemui pada ikan snapper yang berasal dari Pasifik Timur, kerana menyangka ia haiwan beracun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...