Sirip dorsal (dorsal fin) terletak di posterior operculum atau disebut juga bahagian atas ikan. Sesetengah ikan memiliki lebih dari satu sirip dorsal. Sirip dorsal berperanan melindungi ikan dari pemangsa dan membantu pergerakan maju, membelok serta pegun atau berhenti. Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan cara berbeza. Anglerfish contohnya, menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain. Ada juga sesetengah ikan menggunakan sirip dorsalnya yang mampu mengeluarkan racun sebagai senjata pertahanan.
Sirip Adipos (adipose fin) merupakan sirip yang lembut dan berdaging terletak di antara sirip dorsal dan sirip kaudal. Namun tidak semua ikan memiliki sirip ini. Hanya sesetengah ikan seperti spesies salmonidae, charasins dan catfishes yang memilikinya. Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Pengkaji di Kanada berpendapat ia berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti sahih mengenainya.
Ads
Sirip kaudal (caudal fin) merupakan bahagian ekor ikan. Ia penting untuk henjutan ketika berenang. Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu. Ia juga boleh dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
Ads
Sirip anal (anal fin) terletak di permukaan bahagian bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
Sirip pelvik (pelvic fin) terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat. Dalam famili gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantuk menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu seperti batu dan sebagainya.
Ads
Sirip pektoral (pectoral fin) terletak pada setiap sisi ikan operkulum (bahagian keras yang melindungi insang). Ia berfungsi untuk membantu ikan mengekalkan kedudukan pada satu-satu kedalaman. Ikan daripada famili clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di atas darat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kili ini diperbuat daripada pemutaran seutas wayar ringan dengan pembentukan satu gelung bulat dan satu lagi cangkuk berkunci. Cangkuk ini muat-muat masuk ke dalam lubang sarungnya untuk mengunci sistem. Saya masih belum dapat keyakinan untuk menggunakan kili ini tetapi dari makluman penggunanya, ia pernah mengalami kegagalan beberapa kali yang tidak dapat dijelaskan. Ia cenderung untuk terbuka tanpa sebab dan ia tidaklah kuat. Ia juga tidak mampu menahan daya sentakan mengejut dari pemangsa yang benar-benar buas. Bagaimana pun ia cukup memuaskan untuk gewang kecil kerana ia sungguh ringan.
Diperbuat daripada seutas wayar berkuatan tinggi yang dibentuk seperti alat pemegang kunci. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kili inilah yang paling kuat. Kili ini memang yang terbaik apabila kekuatan dipentingkan untuk apa sahaja, walaupun ia ada beberapa kelemahan. Kili ini tidak didatangi dengan saiz sekecil kili lain dan tak akan muat untuk titik penyambungan yang kecil seperti jighead kerana ketebalan wayarnya berganda pada titik sambungan. Seperti norman speed clip, jika titik penyambung membabitkan wayar berdiameter lebih halus, ia cenderung untuk terselit di antara lengkok penyambung kili ini dan gewang mungkin tercabut keluar. Pemasangan split ring pada gewang boleh mengatasi masalah. Namun ia lebih sesuai untuk pancingan tugas berat.
Snap mini ini seakan cangkuk yang sangat kecil dengan lengkungan yang membulat. Ia didatangi dengan tiga saiz, namun yang terbesar tetap juga kecil saiznya. Ketebalan wayar setiap kili adalah sama. Cuma saiz fizikalnya berbeza. Anda boleh sambungkannya kepada apa saja, dari soft plastic kecil sehinggalah umpan bulu yang besar. Iacukup kuat tetapi sangat ringan, malah cukup selamat. Ia seakan tidak wujud biarpun bila disangkut pada gewang paling kecil. Namun saya tak akan gunakannya kalau pancingan itu memerlukan daya tenaga yang kuat. Beberapa kali kili ini pernah patah akibat tersangkut reba, di mana kili itu sendiri yang diandaikan tersangkut. Lantaran terlalu kecil, agak sukar untuk menanggalkan gewang daripadanya.
Kili ini berdasarkan prinsip yang sama seperti Mustad easy snap. Namun ia diperbuat daripada wayar yang lebuh tebal dan lebih panjang. Justeru saya rasa ia lebih kuat. Ia digunakan apabila merasakan mustad easy snap tidak sesuai untuk digunakan untuk kegunaan yang lebih lasak. Kekuatannya cukup menakjubkan jika dibandingkan dengan saiz dan beratnya. Anda boleh sambungkan kili ini untuk hampir semua jenis gewang. Bagaimana pun oleh kerana ia agak kecil, agak sukar untuk menyarungkannya kepada sesuatu yang menyebabkan ia perlu dikangkang lebih luas. Tambahan pula disebabkan utas wayarnya cukup kuat, maka gewang juga agak sukar dicabut keluar. Bantuan playar amat diperlukan.
Merasai membawa pelbagai jenis bot dengan enjin berlainan kuasa kuda (hp) sudah tentu ia sesuatu yang boleh menjadi panduan ketika mengendalikan enjin ketika berada di padang pancing.
Muatan Yang Sesuai
Mengemudi bot adalah satu posisi yang penuh tanggungjawab kerana taruhan nyawa ada di tangan pengemudi atau lebih dikenali sebagai tekong. Perkara asas yang perlu diketahui adalah muatan untuk pemancing yang boleh dibawa.
Kapasiti yang boleh dinaiki perlu dipatuhi dalam sesuatu masa itu penting kerana sekiranya muatan yang diisi berlebihan, risiko untuk tenggelam atau karam menjadi igauan ngeri kepada pemancing.
Barang muatan yang berlebihan juga akan menjadi penyebab bot boleh karam sekiranya terlanggar batu, tunggul atau apa jua yang hanyut di sungai, lombong, tasik atau laut.
Pemegang Dan Pemulas Minyak
Setiap enjin bot dilengkapi dengan sistem pemulas minyak mengikut model. Bagi enjin berkuasa kecil seperti 2hp hingga 3hp terdapat sistem talaan minyak mengikut level bentuk lambang kura-kura dan arnab bagi mengukur tahap kelajuannya.
Bagi enjin berkuasa lebih besar, sistem talaan minyak menggunakan pemulas yang dikawal daripada pemegang enjin. Sistem ini yang mengawal kelajuan sesebuah bot yang dipandu.
Terdapat teknologi enjin sangkut menggunakan sistem gear automatik iaitu pemulas enjin dilengkapi dengan gear tetapi ia terhad pada beberapa model sahaja.
Ubah Haluan Kiri Dan Kanan
Pemegang ini bertindak sebagai kemudi bot yang boleh memacu bot mengubah haluan mengikut kehendak pemandu. Enjin sangkut yang dipasang di bahagian belakang bot menjadi nadi penggerak kepada bot.
Tolakan ke kiri dan ke kanan pemegang bot boleh melaraskan bot dalam haluan yang betul mengikut kehendak pemandu. Sifat pemanduannya cukup mudah. Tolakan ke kanan akan membuatkan bot bergerak ke kiri dan tolakan ke kiri akan mengubah haluan ke arah kanan.
Namun diingatkan kepada pemandu bot tidak mengubah haluan dalam kelajuan maksimum kerana ini boleh menyebabkan bot berada dalam keadaan tidak stabil dan mampu terbalik.
Gear Hadapan Dan Mengundur
Kebiasaannya kedudukan gear berada dibahagikan tepi atau sebelah pemegang pemulas minyak. Ikut panduan yang biasanya terdapat pada penutup enjin.
Tarik ke hadapan bermakna bot akan meluncur ke hadapan dan tolakan ke belakang bermakna sistemnya akan mengundur ke belakang.
Jangan sesekali menukar gear secara tiba-tiba tanpa menghentikan pulasan minyak kerana ini akan menyebabkan kotak gear yang berada di bawah akan rosak.
Teknik Parkir
Kesesuaian situasi memancing adalah perkara yang subjektif untuk dibincangkan, ada pemancing yang gemar memancing di lombong atau tasik dan kawasan perairan ini tidak memerlukan sauh untuk berhenti di sesuatu lokasi berbanding bot yang perlu berhenti di lubuk-lubuk di sungai ataupun laut.
Gunakan sauh yang betul dan sesuai dengan saiz bot yang dimiliki agar ia mampu bertahan di dalam air mengawal pergerakan air daripada mengganggu bot berganjak dari lokasi asal.
Pemandu atau tekong harus tahu arah pengaliran air dan juga lokasi labuhan sauh yang sesuai agar bot berada di kawasan lubuk yang hendak dipancing. Jarak labuhan sauh berbeza mengikut kedalaman air.
Yang penting cara ikatan sauh yang betul mampu menyelamatkan sauh sekiranya tersangkut pada dasar air yang tidak dapat dilihat. Ikatan pada pucuk sauh secara kuat dan ikatan tambatan tali yang sedikit halus mampu menyelamatkan sauh daripada menjadi tukun.
Keselesaan Memancing
Walau dalam keadaan apa sekalipun, tekong adalah kapten kepada penggerak alat di atas air ini. Seorang pemandu perlu peka terhadap persekitaran air dan kawasan padang pancing walaupun telah lama berkhidmat menjadi pemandu bot.
Apa yang penting, keselesaan anak kapal juga perlu diberi perhatian agar keselamatan semasa bot bergerak atau semasa bot sedang parkir untuk memancing dapat dirasai oleh anak kapal yang juga seorang pemancing!
Gewang terbaik untuk digunakan untuk kawasan atau spot dipenuhi reba ialah spoon dan spinner kerana ia berat dan diperbuat daripada logam memudahkan ia tenggelam ke dasar dengan cepat.
Kilauan yang terdapat padanya juga boleh menarik perhatian ikan walau ia sedang tenggelam sekalipun. Banyak juga sebarau yang boleh diperoleh ketika spoon masih bergelek (fluttering) ke dasar.
Paling penting sekali kebanyakan spoon dan spinner adalah berharga ekonomi dan teknik ini dimainkan rapat dengan reba, peratusan sangkut amatlah tinggi.
Jika putus sekalipun tidaklah rasa ralat sangat. Saiz yang sesuai antara 7 hingga 20gm, lagi berat spoon lagi cepat ia jatuh ke dasar.
Warna tidak menjadi kriteria utama, asalkna ia berkilat sudah. Saya lebih suka menggunakan spoon berwarna tembaga, emas dan oren jika hari mendung, awal pagi dan
lewat petang serta perairan yang keruh dan spoon warna perak berkilat, putih serta pink jika cahaya matahari kuat menyinar dan perairan yang jernih.
Alasannya ketika cuaca redup atau perairan yang sedikit keruh, cahaya matahari kurang menembusi air lantas kilatan sisik anak-anak ikan kurang berkilau.
Sebab itu spoon warna tembaga dan emas lebih sesuai kerana cahaya yang dibiaskannya pudar.
Ketika cuaca cerah dan perairan jernih, cahaya matahari kuat menembusi air membuatkan sisik ikan-ikan kecil membiaskan banyak cahaya.
Sebab itu spoon warna perak lebih berjaya. Ikan pemangsa selalunya tidak menyerang makanan yang kelihatan pelik dalam habitat semulajadinya.
Spoon biasanya dilengkap dengan mata tiga dan ia adalah agen sangkut nombor satu untuk teknik ini.
Anda mesti menukarnya dengan mata tunggal untuk meminimakan sangkut. Terbaik jika mata tersebut dilengkapi wayar kalis sangkut.
Akan tetapi kerana ia dimainkan rapat dengan reba kejadian sangkut akan berlaku juga. Jika terasa spoon sudah sangkut, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah jangan
sesekali merentap joran untuk melepaskan sangkut tersebut, ia akan membuatkan mata kail terbenam dengan lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa bot melawan arah spoon yang tersangkut itu. Tegangkan tali dan tariklah ia ke atas sedikit kemudian lepaskan tali dan tarik semua, ulang proses sampai mata kail tertanggal dari reba.
Jika masih sangkut lagi barulah gunakan lure retriever yang sesuai. Lure retriever yang mempunyai rantai tidak berapa sesuai lantaran rantainya itu sendiri akan menjadi mudah
sangkut di kawasan bereba. Jika sangkut lagi, jalan lain terpaksalah menariknya hingga putus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...