Konsepnya hampir sama dengan Hawaiian clip tetapi ia terbentuk hasil daripada teknik pemulasan untuk menambah kekuatan dan membantu pengekalan kili serta gelung penyambung dengan tepat. Ia amat kuat bagi saiz sedemikian dan tentu cepat dan mudah digunakan. Anda boleh tambah kili atau swivel jika mahu. Bagaimanapun ia tidak muat untuk dimasukkan pada lubang seperti jighead kecil, kerana ketebalan wayarnya pada gelung penyambung adalah berganda. Jika titik sambungan melibatkan dawai berdiameter lebih halus daripada speed clip, ia cenderung untuk terselit di antara gelung penyambung kili ini, menyebabkan gewang boleh terlepas keluar. Penambahan gegelung cincin (spilit ring) boleh mengatasi masalah ini.
Kili ini adalah hasil kraftangan dan bentuknya mirip kili kertas, tetapi diperbuat daripada wayar yang lebih kuat dengan beberapa idea yang sangat bijak. Sedikit bengkokan pada hujungnya membolehkan kemasukan gewang dengan mudah. Manakala lengkokan tersudut di hujung satu lagi menghalang gewang dari terlucut. Pertama kali melihatnya saya kagum. Ia amat kuat dan mudah digunakan. Anda boleh boleh tambah kili dengan mudah jika mahu, dan ia boleh disambung kepada apa saja jenis gewang. Walau bagaimana pun kili ini agar sukar ditemui di pasaran.
Ads
Ads
Kili ini diperbuat daripada sebatang wayar halus yang dipulas untuk membentuk system cangkuk berspring bagi menutup kedua-dua hujungnya. Ia merupakan kili yang agak baik dan dipercayai untuk pancingan ringan. Cuma ia diperbuat daripada wayar yang lembut. Oleh kerana ia sangat ringan, ia tidak terlalu mempengaruhi aksi gewang. Ia merupakan antara kili yang banyak digunakan oleh pengilat.
Ads
Kili ini sama seperti duolock snap kecuali ia diperbuat daripada wayar berkuatan tinggi dan system penguncinya terletak di atas seksyen wayar yang membuatkan ia lebih kuat dan selamat. Walaupun kili ini didatangi dengan saiz agak kecil, ia diperbuat untuk keperluan pancingan tugas berat yang membuatkannya agak berat. Jadi untuk pancingan ringan, elok gunakan system kili yang lain. Ia merupakan kili pilihan saya untuk apa saja yang memerlukan kili kecil tetapi kuat dan ramai pemancing lain juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kawasan estuari dari muka kuala hingga ke perairan air payau merupakan padang pancing kegemaran ramai kaki pengilat atau kaki casting di negara kita ini. Terdapat banyak spesies pemangsa yang menyambar gewang namun kami pilih sebahagian daripadanya yang merupakan buruan utama.
Kerapu
Tidak mengira apa saja jenis kerapu, ia merupakan spesies sasaran utama penggemar casting muara. Lebih-lebih lagi jika berjaya menjinakkan kerapu harimau yang bersaiz kasar.
Kerapu sememangnya terkenal sebagai spesies yang sukar untuk ditewaskan terutamanya pada minit awal apabila mata kail tercangkuk pada mulutnya. Hanya jika berjaya mengekang benamannya ke sarang atau bangkar maka kejayaan menjadi milik pemancing.
Kurau
Mengilat ikan kurau mungkin agak janggal bagi pemancing di negara kita. Namun di negara Australia, ikan kurau merupakan spesies sasaran utama acara casting. Mungkin disebabkan kesukaran untuk mengesan lubuk dan laluan, atau juga belum ditemui gewang yang sepadan dengan diet pemakanannya.
Jika perkara ini diatasi pasti ikan kurau pasti akan menjadi spesies sasaran paling atas dalam acara mengilat di muara.
Alu-Alu
Alu-alu atau barracuda mungkin tidak menduduki barisan teratas spesies sasaran casting. Sebaliknya mungkin menjadi spesies yang dibenci ekoran memiliki senjata tajam yang mampu merosakkan atau lebih teruk lagi memutuskan sambungan gewang dengan set casting pemancing. Walau bagaimana pun ia jugak spesies yang menghiburkan apabila tercangkuk pada mata gewang.
Gerepoh
Sebut saja nama gerepoh atau nama globalnya yang melambangkan gergasi iaitu giant trevally (GT) dan habitat yang gergasi ini sering ditemui di laut dalam, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia juga boleh ditemui dan dipancing di muara. Walaupun GT yang sering ditemui di muara berstatus juvenile, namun ia tetap mewarisi kekuatan dan kelincahan giant trevally.
Talang
Mengilat ikan talang di muara dan kuala sungai terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia kini menjadi satu fenomena. Malah ia turut dijadikan acara tahunan merebut sesuatu kejuaraan. Ia jelas menggambarkan bahawa ikan talang bukan saja menjadi spesies sasaran aktiviti jigging, bahkan sudah dijadikan spesies sasaran utama aktiviti lure casting di muara. Di Terengganu contohnya, ada kejohanan tahunan khusus casting talang atau queenfish di muara.
Belukang
Tentu ramai yang terkejut apabila belukang pun disenaraikan, ya tak? Sememangnya belukang bukan ikan sasaran utama para caster apabila turun casting di muara. Namun ia bukanlah tangkapan yang mustahil untuk diperoleh. Malah daya juang belukang terutamanya saiz melebihi 1kg cukup memberikan anda satu kejutan walaupun pada akhirnya ramai yang memilih untuk membebaskan ia kembali ke habitat asalnya.
DALAM DIVERSITI SPESIES IKAN YANG MELUAS, TERDAPAT PELBAGAI JENIS DAN RUPA BENTUK YANG UNIK DAN MENARIK. BIASANYA SPESIES YANG SANGAT AGRESIF DAN GANAS MEMPUNYAI SIFAT LUARAN YANG LEBIH MENAKUTKAN, NAMUN TERDAPAT JUGA SEBALIKNYA. SPEKULASI DAN MITOS TIDAK DAPAT DIELAKKAN BILA BERCERITA TENTANG IKAN GERGASI YANG AGRESIF DAN KEMAMPUANNYA UNTUK MENYERANG MANUSIA. KADANGKALA MANGSA MAMPU BERTUKAR MENJADI PEMANGSA!
BELUT ELEKTRIK
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya. Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini. Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik. Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
MUSKELLUNGE
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia. Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia. Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan Barracuda air tawar. Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
KELI WELS
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini. Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lbs dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan. Keli Wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang. Seekor keli Wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
PARI AIR TAWAR GERGASI
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara. Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000lbs. Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh. Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
GOONCH
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap. Ia seekor ikan keli Goonch seberat 300lbs. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan. Spekulasi juga mengatakan selera ikan Goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
PIRAIBA
Dengan warna biru kehitaman, Piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar. Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia. Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan. Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
GOLIATH TIGERFISH
Spesies Goliath Tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan. Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lbs dan lebih enam kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat. Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci. Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
BULL SHARK
Senarai ikan terakhir untuk kali ini, secara teknikalnya merupakan seekor jerung iaitu Bull Shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain. Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lbs, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky. Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, Bull Shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
Sama ada mahu percaya atau tidak, hanya menggunakan krim putar kosong (tanpa perisa dan warna), ia sudah boleh digunakan untuk dijadikan bahan umpan memancing.
Umpanpedia kali ini kami pertunjukkan bagaimana krim putar yang telah dicampur serbuk pewarna ini dijadikan asas penting dalam penyediaan umpan.
Bahan Keperluan:
Umpan krim
Pes perisa
Roti dadu
LANGKAH 1
Ambil kira-kira sesudu kecil krim dan sapukan pada tong bancuhan.
LANGKAH 2
Masukkan roti yang telah siap dipotong dadu.
LANGKAH 3
Semburkan perisa strawberi atau pandan yang dikehendaki.
LANGKAH 4
Gaulkan roti bersama perisa dan krim yang disapu pada tong bancuhan.
LANGKAH 5
Cucuk roti pada mata kail.
LANGKAH 6
Buatkan satu mata seperti sate dan satu lagi cukup sekadar dicucuk 4-5 roti.
LANGKAH 7
Kepalkan dan ia sedia untuk mengumpan patin mahupun tongsan sisik halus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...