Tukun tiruan merupakan struktur binaan manusia yang diletakkan di dasar bertujuan untuk menambahkan kepadatan sumber marin.
Antara objektif pembinaan tukun tiruan adalah untuk meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai.
Dengan objektif demikian ia dapat mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari, menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain
kehidupan marin, dan memulih serta melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikan dan bencana alam.
Terdapat dua konsep pembinaan tukun tiruan yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia iaitu tukun tiruan konservasi (bertujuan untuk pemuliharaan) dan tukun tiruan rekreasi (bertujuan untuk tangkapan secara pancingan rekreasi yang terkawal).
Tukun Tayar
Berat seunit tukun ini sehingga 150 kilogram. Ia dilabuhkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Ia merupakan tukun tiruan yang paling banyak digunakan berikutan kos penyediaannya yang tidak terlalu tinggi.
Tukun Kapal
Tukun bot atau kapal yang ditenggelamkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Tukun jenis ini semakin kurang kewujudannya berikutan kekurangan sumber. Namun potensinya sangat besar dan menjadi kediaman pelbagai spesies ikan.
Tukun Bebola
Tukun yang dibentuk dengan ukuran 6 kaki lebar dan 3.8 kaki tinggi. Berat seunit tukun sehingga 1.8 tan. Ia dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.
Tukun Kuboid
Saiz tukun 2.5 meter lebar, 2.5 meter panjang dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun ini sehingga 8 tan dilabuhkan pada kedalaman air 25 meter.
Tukun dasar Lembut
Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter tinggi dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 28 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 15 meter.
Tukun Rekreasi
Saiz tukun 1.8 meter lebar dan 1.85 meter tinggi. Berat seunit tinggi sehingga 8 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.
Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda
Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter panjang dan 3.725 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 30 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 hingga 25 meter.