Mengenal Jantina Ikan!!

Share

 

Ikan yang gemar hidup dalam air tawar yang perlahan arusnya terdapat di kawasan air tidak tercemar dan mempunyai makanan semulajadi. Ikan ini sukar ditemui dikawasan air yang mengalir deras.

Terdapat laporan di Indonesia yang menyatakan ikan baung di Sungai Kalimantan mampu mencapai saiz sehingga 20 kg seekor.

 

Ikan baung mempunyai ciri kulit yang licin dan tidak bersisik. Ini adalah disebabkan kulit ikan baung mempunyai lendir yang menyebabkan ianya sukar untuk dipegang akibat licin.

Terdapat sepasang sirip yang mempunyai duri tajam di kiri dan kanan ikan baung dan sirip atas belakang (dorsal fin) serta dijadikan senjata pertahanan oleh ikan tersebut.

 

 

Sengatan duri ikan baung adalah sangat bisa dan perlu dielakkan ketika aktiviti menangkap ikan ini dilakukan. Morfologi ikan baung berbeza dengan ikan jenis lain kerana mempunyai banyak jenis sirip.

 

Ikan ini mempunyai sepasang sesungut auxillary dan juga sesungut dagu. Sepasang mata berbentuk bulat dan besar memastikan ikan ini mampu bergerak dalam air.

Ikan baung adalah lebih aktif pada sebelah malam dan agak pasif sedikit pada waktu siang dalam habitat semulajadi.

 

Terdapat bentuk dan perbezaan antara ikan baung jantan dengan ikan baung betina yang perlu kita pelajari.

Ikan baung jantan mempunyai bentuk badan yang ramping dengan warna kulit yang agak kuning kemerahan serta mempunyai satu alat kelamin yang saiznya agak panjang.

 

 

Baung jantan juga apabila telah matang akan mempunyai satu alat kelamin yang berwarna kemerahan dan agak menggelembung dan akan mengeluarkan cecair seperti susu apabila diurut (lendir mengandungi sperma).

 

Baung Betina mempunyai bentuk badan yang gemuk dan pendek di mana warna kulitnya agak kusam dan mempunyai 2 alat kelamin iaitu satu untuk telur dan satu lagi untuk perkumuhan.

Ikan baung betina yang telah matang mempunyai permukaan kulit yang lembut, perut yang kembong dan apabila diurut menghasilkan telur.

 

Ikan baung adalah sejenis ikan air tawar yang enak dan lazat untuk dimakan. Dagingnya yang halus dan lembut sesuai dimakan kerana ikan baung tidak mempunyai tulang yang banyak.

 

Isinya yang pejal dan tidak mudah pecah menyebabkan ianya digemari untuk dimasak tempoyak, asam pedas, masak lemak cili api, masak gulai kari dan juga boleh disalai untuk mendapatkan citarasa istimewa.

 

 

Ikan baung perlu dibasuh dengan air limau atau air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan mengurangkan bau hanyir dan bau tanah. Kelazatan ikan ini akan terserlah apabila kita makan dengan nasi putih panas ketika sangat lapar!

 

Published by
Amang