Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Lutjanidae
Subfamily: Lutjanidae
Genus: Lutjanus
Species: L. guilcheri
Binomial name: Lutjanus guilcheri Fourmanoir, 1959
Bentuk dan warna tidak banyak berbeza dengan ikan merah yang ditemui di sebelah timur Malaysia. Ramai keliru untuk membezakan spesies ini dengan dua lagi merah jalang dan merah pucat kerana bentuk dan corak warna tidak banyak beza.
Paling ketara sirip berwarna kekuningan lebih cerah dari warna merah cerah di badannya. Bahagian atas pangkal ekor bertompok hitam. Ekor tegap melebar seperti siakap merah. Warna pudar apabila mati. Catatan saintis melaporkan ikan ini boleh mencecah sehingga 60cm atau 2 kaki panjang.
Habitat Dan Tabiat
Ia adalah jenis ikan sub-tropikal yang tertumpu di kawasan laut iaitu sifat utama ikan marin laut. Sesuai dengan biologi habitatnya, ikan merah boleh ditemui di kawasan berbatu, batu dan bunga karang, reba kayu, tukun dan kawasan kuala sungai yang agak dalam yang terbuka.
Habitat begini memudahkan tabiatnya yang gemar menyambar mangsa, kawasan yang disebutkan tadi adalah yang mempunyai pelindung (tempat persembunyian) kepada mangsa dan dari pemangsa. Ini juga digunakan oleh spesies ini sebagai penangkis kepada pemancing untuk menaikkannya walaupun mata kail sudah berada dalam mulutnya.
Keupayaannya menyelinap di reba maupun karang apabila menyedari bahaya di persekitaran tidak boleh di pertikaikan selaras dengan sifat semulajadi ikan marin. Sesuai sifatnya banyak ikan merah sangkar yang saya pancing dan temui di sekitar Pulau Ketam ialah kawasan reba dan tukun buatan selain di tepi-tepi sangkar ikan.
Populasi ikan ini tidak begitu meluas kerana ancaman persekitaran dan perebutan wilayah terutama dengan siakap merah yang lebih agresif sifatnya. Jelas menunjukkan ikan merah sangkar masih mencari struktur dasar sebagai habitat pilihan jika hidup di luar sangkar.
Amat bagus juga jika ikan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai habitat kerana jika ada pilihan tidak perlu lagi ke laut tengah untuk mencari ikan bermutu. Tidak berani saya menghuraikan lebih lanjut mengenai habitat ikan ini memandangkan tidak ada info tepat mengenai kewujudan ia di Laut China Selatan.