Mengenal Identiti Siakap Gergasi Sungai Nil

Share

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Oder: Perciformes

Family: Latidae

Genus: Lates

Species: L. Niloticus

Binomial name: Lates niloticus

 

 

Ikan Nile perch juga dikenali dengan beberapa nama lain. Nama-nama umumnya termasuk Victoria perch, Africa snook dan banyak nama lokal lainnya. Beberapa nama lokal adalah Mbuta atau Mputa di Luo, Sangara, Sankara atau Chenku di Tanzania. Ia juga dikenali sebagai Capitaine di negara-negara Afrika Francophone, dan disebut sebagai am’kal di Mesir dan Sudan.

 

Ikan itu disebut sebagai Giwan Ruwa dalam bahasa Hausa yang berarti ‘gajah air‘. Di negara kita ia dikenali sebagai kerakap Nil.

 

Ikan kerakap Nil memiliki tubuh yang memanjang, padat dan lebar. Hampir keseluruhan badannya berwarna perak dengan sedikit tona biru.

 

 

Memiliki mata gelap hitam yang khas, dengan cincin luar berwarna kuning cerah. Kepala dengan profil tirus ke mulut, muncung cengkung, pipi penutup insang dengan satu tulang belakang.

 

Sirip dorsal ikan ini berfilamen dengan 7 hingga 8 tulang berduri, dan 1 tulang berduri dan 8 hingga 11 filamen lembut pada dirip dorsal kedua. Sirip anal dengan 3 tulang duri dan 6-9 filamen lembut, dan sirip kaudal bulat.

 

Purata panjang ikan kerakap Nil dewasa adalah antara 121 dan 137 cm, dengan panjang maksimum hampir 2 meter. Selaku ikan air tawar gergasi, ia mampu mencapai berat sehingga 200 kg.

 

 

Diet

 

Ikan Nile perch memakan ikan, krutesea dan serangga. Mereka kadang-kadang juga bersifat karnivor dengan memakan spesies mereka sendiri. Spesies juvenil turut juga memakan zooplankton.

 

Kegunaan komersial

 

Ikan Nil perch ditangkap secara besar-besaran sebagai sumber makanan. Ini juga popular di kalangan pemancing sukan kerana sifatnya menyerang umpan tiruan. Dalam pada masa yang ia juga diternak secara komersial.

 

 

Catatan khusus

 

Ikan siakap ini adalah spesies ikan yang sangat penting secara komersial. Ini digunakan terutama untuk makanan. Ia mendiami berbagai habitat, termasuk tasik utama Victoria Lake, sungai dan terusan. Ia agak terbatas memasuki rawa, karena relatif tidak toleran terhadap perairan rendah oksigen.

 

Ikan kerakap Nil ditangkap dengan pelbagai cara termasuklah pukat dasar, pukat hanyut, joran dan kekili, koyan serta perangkap.

 

 

Dalam industri pancingan sukan, ia merupakan tangkapan seumur hidup yang diimpikan oleh pemancing di serata dunia.

 

Published by
Amang