Ikan pecah periuk yang terdapat di seluruh perairan Asia Pasifik dan laut Tropika ini gemar menjadikan ‘sampah sarap’ atau sebarang objek/ pokok yang hanyut dibawa arus sebagai tempat perlindungan daripada ikan pemangsa yang lebih besar.
Sejenis ikan yang agak unik kerana gemar berlindung di bawah timbunan tunggul kayu, reba pokok, sampah serta objek yang terapung dan hanyut. Antara objek yang paling digemari ialah reba nipah kerana reba ini terapung lama dan dahan-dahan yang terendam memberi ruang untuk berlindung dari musuh. Ia juga dikesan mendiami kawasan tiang konkrit atau rumah api.
Apa yang menarik sekali, bilangan dan saiz ikan tersebut selalunya bergantung mengikut berapa besar saiz apungan yang telah hanyut. Kebiasaannya semakin besar apungan yang ditemui bermakna semakin besar dan banyak ikan pecah periuk yang menghuni apungan tersebut.
Ads
Ikan yang mampu membesar sepanjang 90 cm atau sehingga seberat 18 kg ini mempunyai bentuk rupa seakan-akan ikan tilapia hitam dan amat banyak ditemui terutamanya di perairan kawasan ini.
Kebiasaannya ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar, Hutan Melintang, Perak membuat `operasi sampah hanyut’ sewaktu air mati. Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek hanyut.
Ads
Apabila berjumpa, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada masa yang sama pemancing mula menghulurkan hirisan ikan.
Memancing ikan ini amat mudah sekali. Dengan menggunakan umpan hirisan sotong atau isi ikan, ikan ini akan mudah terperdaya.
Ads
Padanan set pancing berkelas ringan seperti rod 10-18Lb dan kekili siri 2000 atau 3000 sesuai digunakan untuk memberi kepuasan maksimum.
Semakin jauh kami bergerak, semakin banyak apungan yang besar ditemui. Semakin banyak ikan pecah periuk berjaya diperoleh.
Kadang kala terdapat juga apungan yang kosong. Berkemungkinan apungan yang kosong ini telah ditemui oleh orang lain terlebih dahulu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing spesies pacu mampu mendatangkan debaran yang agak mengujakan. Rata-rata pemancing di Malaysia mengetahui akan kelebihan tersendiri bagi spesies ini. Kerakusan dalam melarikan umpan serta pecutan berkuasa tinggi spesies ini mampu menghadirkan kepuasan yang tdak terhingga kepada pemancing, malah tidak kurang juga mendatangkan kehampaan bagi pemancing yang memandang remeh akan spesies ini.
Antara lokasi terbaik memancing pacu ialah di kawasan empangan yang agak cetek, kawasan lombong serta kawasan tadahan hujan yang berarus perlahan. Selain itu, pengusaha kolam-kolam pancing air tawar komersial juga menjadikan pacu antara spesies yang mesti ada di dalam kolam mereka. Kelebihan utama pada spesies pacu ialah kerakusan ketikan memakan umpan lantas akan membuat pecutan yang deras.
Penggunaan rod ringan akan memberikan debaran tatkala melihat rod yang melengkung serta kekili anda menjerit biarpun drag dikunci ketat.
Perlawanan dengan spesies pacu atau tambaqui ini lebih terbuka. Pemancing harus tahu kelebihan yang dimiliki oleh pacu iaitu kekuatan pecutannya serta giginya yang tajam di mana sering kali memutuskan perambut. Ketika dalam pertarungan, pacu gemar menghenjut rod anda dan melakukan pecutan berkuasa ke arah kawasan tebing yang mempunyai struktur seperti kayu mati. Namun, oleh kerana habitat pacu biasanya kawasan berair cetek, penggunaan kekuatan drag dan rod yang betul mampu mengekang situasi ini.
Begitupun, pacu masih mempunyai kelebihan pada keupayaan giginya untuk memutuskan perambut anda. Perambut kekuatan 30lb biasanya mudah sahaja diputuskan oleh seekor pacu bersaiz 1 kg. Jadi pastikan anda menggunakan perambut yang bersesuaian dengan keadaan padang pancing anda.
Selain itu, untuk mendapatkan sedikit kelebihan dalam menangani kelebihan gigi pada seekor pacu ialah anda menggunakan mata kail yang mempunyai shank yang panjang. Shank yang panjang sedikit sebanyak mengurangkan peratus gigi pacu berada pada perambut anda, sebaliknya akan berada pada shank mata kail anda ketikan tertancap pada mulut pacu, seterusnya mengurangkan kadar tali perambut anda diputuskan oleh spesies rakus ini.
Pacu juga menjadi antara spesies ikan yang digemari oleh kaki pancing layang. Aksi rakusnya setelah membaham fly yang dilontarkan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
UMPAN DAN TEKNIK UMPAN MEMANCING PACU
Antara faktor penting dalam memancing ialah pengaturan umpan anda. Dalam memancing spesies pacu pula, tidak terlalu sukar dalam mengatur langkah menyediakan umpan kerana spesies ini merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja.
Bagi pacu bersaiz kecil, umpan cacing yang merupakan antara umpan terbaik. Pacu yang bersaiz kecil cukup gemar meratah umpan cacing yang juga menjadi umpan universal di kalangan kaki pancing. Selain cacing, umpan organ dalaman haiwan seperti perut dan hati ayam juga merupakan umpan yang terbaik untuk memancing pacu. Kulit dan lemak ayam juga boleh digunakan dan tidak mustahil mampu menggoda pacu bersaiz besar.
Selain itu, udang yang dikopek kulit juga antara menu umpan yang anda boleh cuba. Udang kopek yang dicangkuk seekor pada mata kail juga mudah untuk menarik perhatian si peragut rakus ini.
Umpan dedak, pellet atau roti pula merupakan alternatif lain yang anda boleh gunakan. Kebiasaannya umpan sebegini perlu ‘dirasuah’ terlebih dahulu untuk menarik perhatian sebelum umpan sebenar dilontarkan.
Teknik umpan bagi memancing pacu pula tidak sukar. Anda boleh menggunakan teknik pelampung, teknik dasar atau separa air bergantung kepada situasi padang pancing anda. Biasanya teknik pelampung lebih berkesan dengan umpan perut atau kulit ayam, pellet dan
roti manakala teknik dasar lebih tertumpu kepada umpan hati ayam dan cacing. Apa pun bergantung kepada usaha anda dan keadaan padang pancing, sedikit pemerhatian pasti akan membantu anda dalam pemilihan umpan dan teknik yang perlu digunakan. Jangan lupa untuk sering bersedia ketika si peragut akuatik ini melarikan umpan anda.
Di kawasan separa liar, banyak siakap tertipu dengan gewang. Teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut mangsa.
Tak perlu guna wire leader, mono leader dah cukup walaupun siakap bawah 500gm boleh kesatkan tali perambut dengan mulut dia tu.
Jadi rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap terutama selepas dia telan gewang. Siakap merah juga kena mainkan gewang perlahan.
Sebenarnya tengok tahap kekeruhan air ni banyak definisi dia. Air jernih pun tak sesuai untuk siakap.
Dia akan guna seluruh pancaindera dia ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.
Keruh kerana hujan di hulu bawa air tawar ke muara memang tak sesuai. Air jadi tawar dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara untuk sementara.
Tapi jika sungai itu tidak mempunyai masalah dan air tetap payau walau hujan, masih ada peluang.
Cara nak tengok air keruh yang masih boleh jejak siakap… celupkan tangan dalam 1 kaki. Tengok tapak tangan sama ada jelas atau tidak. Jika sejelasnya… air jernih sangat.
Jika tak nampak… keruh sangat. Yang paling sesuai… air nampak ‘berdebu’! Tak keruh dan tak jernih.
Rupa gewang kakap yang popular turun temurun (bergantung pada tempat), biasanya minnow yang panjang. Jenis minnow ni boleh dikatakan pelbagai tempat boleh pakai.
Warna untuk gewang asas… yang mempunyai tone biru/silver atau putih dan Hitam/Silver atau putih.
Dua jenis warna asas itu sesuai untuk cuaca terang dan air yang agak jernih. Dua jenis warna itu jugak mewakili warna natural.
Jika keadaan air sungai berlainan… agak kekuningan atau coklat sedikit, warna gewang sesuai adalah berasaskan warna coklat, gold, kuning atau oren.
Biasan warna coklat, gold, kuning, oren dalam kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek natural juga pada gewang.
Jika sungai itu berair ‘hitam’ dan agak gelap… dan bila diuji dengan tapak tangan seakan warna Nescafe O cair, gewang warna seperti pink, biru terang, fire tiger agak sesuai.
Tapi ramai memilih biru terang atau pink untuk menduga air begitu. Jika gewang selaman cetek, warna biru menjadi pilihan dan jika gewang selaman dalam, warna pink menjadi pilihan.
Dikatakan waktu terbaik ialah ketika air sedang mula surut ataupun bunga pasang. Pada waktu ini siakap dikatakan gemar berada di kawasan berstruktur seperti untuk melakukan serangan hendap. Maka lokasi yang memiliki struktur di dalam air seperti pokok tumbang, bangkai kapal atau tiang-tiang perlu dijadikan kawasan balingan gewang.
Tahap kekeruhan air sungai turut memainkan peranan. Jika air jernih, siakap akan culas untuk menyambar gewang. Jika air keruh akibat hujan pula, siakap akan bertindak pasif atau beredar ke kawasan lain. Waktu terbaik ialah ketika air tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih. Biasa disebut orang waktu air berdebu atau keruh bulu kera.
Gewang
Lazimnya gewang sesuai untuk memperdaya siakap ialah gewang yang hampir menyamai diet pemakanannya. Antara lain diet siakap adalah ikan belanak dan jenjulung. Justeru gewang berbentuk minnow yang panjang (10-13 cm) sama ada selaman dalam atau cetek merupakan gewang terbaik untuk menduga siakap. Gewang permukaan juga sesuai khususnya ketika pergerakan arus masih lemah.
Warna asas bagi gewang untuk mengilat siakap lazimnya warna yang mempunyai tona biru dan perak atau putih. Ini merupakan paduan warna asas atau warna natural. Ia dikatakan amat berkesan jika keadaan air agak jernih atau tidak terlalu keruh. Jika air agak keruh, gewang-gewang warna terang seperti paduan warna oren dan emas atau hijau dan kuning.
Teknik permainan atau karauan haruslah perlahan. Teknik karau-henti-karau atau stop and go dikatakan teknik karauan terbaik untuk memperdaya siakap yang bersifat menyedut dan bukannya menyambar mangsa. Gewang yang dikarau laju pastinya lebih cenderung menyebabkan ia terlepas atau biasa disebut miss call.
Peralatan
Sama ada menggunakan kekili menegak atau kekili mendatar, penggunaan set ringan adalah memadai. Joran kekuatan maksimum 10-20lb, tali sulam 15-30 lb dan perambut fluorocarbon 20-30 lb adalah kemestian berikutan kemampuan siakap untuk merosakkan perambut sehingga putus adalah tinggi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...