Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Cichlidae

Genus: Cichla

Spesies: C. temensis

Binomial name: Cichla temensis (Humboldt & Valenciennes 1821)

 

Mengenal Identiti Predator Terbesar Keluarga Cichla

Ads

 

Cichla temensis yang dikenali dengan beberapa nama umumnya speckled pavon, speckled peacock bass, painted pavon atau three-barred peacock bass adalah ikan natif Amerika Selatan yang tergolong dalam genus Cichla atau peacock bass (ikan merak).

 

Uniknya di Malaysia, ikan pendatang yang agresif dan rakus ini lebih dikenali dengan nama binomialnya iaitu Cichla temensis, amat bernilai bernilai di hati pengilat (caster) sehingga ia diberi nama panggilan TEMMY.

 

Mengenal Identiti Predator Terbesar Keluarga Cichla

 

Ads

Spesies Chicla temensis ini berasal dari lembangan Orinoco dan Rio Negro, serta beberapa sungai kecil di pusat Amazon, di Brazil, Venezuela dan Guyana. Dalam julat asalnya, ia pada dasarnya terhad kepada sungai hitam dan cabang anak sungainya. Namun percubaan pengenalan telah dibuat dari julat asalnya, tetapi ia tidak dapat ditubuhkan di Florida atau Texas. Sebaliknya, ia telah berkembang di Singapura.

 

C. Temensis adalah spesies Cichlid Amerika Selatan yang sangat besar. Ia merupakan sumber makanan bernilai dan ikan sukan yang berharga. Ia mampu membesar panjang sehingga 1 meter (3.3 kaki) dan berat sehingga 13 kg (29lb). Dengan memiliki saiz sedemikian ia bukan sahaja cichlid terbesar di Amerika Selatan, dan mungkin cichlid terbesar di dunia!

 

Mengenal Identiti Predator Terbesar Keluarga Cichla

 

C. temensis menyerupai spesies ikan merak atau peacock bass lain, tetapi umumnya lebih panjang dan langsing. Spesies dewasa sangat berubah-ubah dalam corak warna, yang mana ia menyebabkan kekeliruan dalam penentuan jantina dan pembiakan. Hanya pada tahun 2012 pengesahan telah dilakukan corak dan paten spesies yang mampu membiak dan sebaliknya.

Ads

 

Seperkara yang unik tentang spesies c. temensis ini kerana mempunyai 2 fasa warna iaitu ‘ASSU’ seperti warna peacock bass yang sering kita lihat di negara kita dan fasa warna ‘PACA’ di mana warna badannya menjadi lebih gelap. Fasa warna paca sering berlaku apabila ikan ini berada pada musim membiak.

 

Mengenal Identiti Predator Terbesar Keluarga Cichla

 

Manakala paten warna ikan ini agak kompleks kerana variasi morfologinya. Selalunya mempunyai bintik hitam (assu) atau bintik putih/kuning (paca) pada garisan melintang pada badannya.

 

Selain itu, C. temensis mempunyai 3 garisan bar pada badannya dalam kedua-dua fasa. Terdapat juga corak pada bahagian mata hingga ke hujung bahagian operkulum yang menjadi antara paten warna kepada ikan ini.

 

Mengenal Identiti Predator Terbesar Keluarga Cichla

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI