Mengenal Identiti Khas Ikan Jalai

Share

 

Taksonomi

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Perciformes

Family : Channidae

Genus : Channa

Scientific Name: Channa marulioides (Bleeker, 1851)

Common Name : Emperor Snakehead

 

 

Ikan jalai adalah spesies tercantik dalam keluarga Channa. Corak atau paten berbunga pada tubuhnya inilah ia mendapat nama jolokan. Jalai atau lebih popular dengan nama toman bunga atau kerandang merupakan spesies ikan berkepala ular atau berada dalam keluarga snakeHead.

 

Jalai berkongsi persaudaraan dengan ikan haruan serta toman. Nama umum jalai ialah emperor snakehead dan dikelaskan dengan nama saintifik Channa marulloides. Manakala panggilan tempatan lain ialah kerandang, jelai, jaloi, kuang, jahai dan sebagainya lagi.

 

 

Berbeza dengan ikan toman (giant snakehead), ikan jalai ini lebih tirus dan mempunyai badan yang panjang. Ikan jalai mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut, mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan haruan dan ikan bujuk.

 

Ikan ini juga gemar tinggal di kawasan sungai pergunungan. Ikan ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri akuarium kerana rupa bentuknya yang cantik. Ikan jalai merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa.

 

 

Namun jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia tetap merupakan spesies bergigi tajam dan agresif. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

 

Berbanding saudaranya yang lain, populasi ikan jalai mengalami kemerosotan yang agak teruk. Hari ini ia semakin sukar untuk ditemui. Ikan ini juga boleh didapati di selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

 

 

Published by
Amang