Mengenal Identiti Ketam Unik Bernama Umang-Umang

Share

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Arthropoda

Subphylum: Mandibula

Class: Crustacea

Order: Decapoda

Suborder: Pleocyemata

Infraorder: Anomura

Superfamily: Paguroidea Latreille, 1802

Family: Coenobitidae, Diogenidae, Lithodidae, Paguridae, Parapaguridae, Pylochelidae, Pylojacquesidae

 

Umang-umang adalah sejenis krustasea dekapod yang tergolong dalam superfamily Paguroidea. Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut. Bagi melindungi diri dari ancaman pemangsa, umang-umang memakai cengkerang kosong yang ditinggalkan haiwan bercengkerang, yang mampu memuatkan badannya ini.

 

 

Lazimnya umang-umang memakai cengkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cengkerang.

 

Sebaik sahaja badannya membesar, umang-umang perlu mencari cengkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan cengkerang yang lama.

 

 

Tabiat mendiami dalam cengkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai hermit crab, sempena sifat pertapa yang tinggal sendirian dalam gua.

 

Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam periaran air masin dari kawasan secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga dasar laut dalam.

 

 

Di kawasan tropika pula terdapat spesies umang-umang daratan, ada di antaranya agak agak besar, contohnya Coenobita clypeatus.

 

Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih. Oleh yang demikian, jika anda menemui seekor umang-umang untuk dijadikan umpan memancing, anda berpeluang untuk menambah stok umpan dengan mencarinya lagi di kawasan tersebut.

Published by
Amang