Mengenal Identiti Istimewa Ikan Buntal!

Share

 

Nama ilmiah ikan ini merujuk pada empat gigi besar yang terpasang pada rahang atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang krustasea dan moluska, mangsa alami mereka.

 

Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas golden poison frog (katak emas beracun). Organ-organ dalam seperti hati dan kadang kulit mereka sangat beracun bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan.

 

Di Jepun (disebut fugu), Korea (disebut bok), dan China yang mana ia disiapkan oleh chef profesional.

Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 121 spesies ikan buntal yang terbahagi dalam 20 genus. Ikan ini banyak ditemui di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan iklim sederhana dan tidak ada di perairan sejuk.

 

Mereka memiliki ukuran kecil hingga sederhana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100 sentimeter. Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembang badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap pada jaring.

 

Ikan buntal biasanya juga mengganggu sesi memancing kerana ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskannya.

 

Lazimnya ikan ini tidak dapat diambil sebagai hasil tangkapan kerana beracun dan berduri sehingga para nelayan biasanya membuangnya saja.

 

Ikan buntal memiliki nama latin porcupinefish dan memiliki beberapa panggilan. Dalam bahasa Inggeris diberi nama balloonfish dan globefish kerana bentuknya yang membesar seperti belon.

 

Hal itu juga berlaku ketika ia berada di perairan di dalam laut, di mana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti belon untuk menakuti musuhnya. Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.

 

Ikan buntal menyukai habitat karang-karang di pantai dan sehingga di perairan cetek di laut. Dan taburan ikan ini di perairan tropikal di seluruh dunia.

 

Salah satu karakter popular ikan buntal terhadap pemancing adalah tabiatnya yang gemar menggigit dan memutuskan tali dan perambut pancing. Cara untuk menghindarkan dari gangguan buntal ini ialah dengan menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Sekiranya tali perambut kerap diputuskan oleh buntal, sebaiknya sambung perambut dengan perambut dawai.

 

Ikan buntal memiliki menu makan yang sama dengan ikan lain yang dipancing di perairan. Maka, ketika menggunakan umpan berupa sotong atau udang, ikan buntal turut merebut umpan tersebut sebagaimana ikan pemangsa lainnya.

 

 

Published by
Amang