Nama umum: Whiting, Sillago, Smelt

Keluarga: Sillaginidae

Nama Lain: Bebolos, Bulus, Bolos, Kedondong, Usus

 

Ciri Fizikal: Badan bujur memanjang, mulut kecil ke bawah, kepala berbentuk konikal, bergigi halus, warna jernih atau keperakan warna kadang kala hampir menyerupai dasar air.

Diet: Cacing laut, perumpun, anak udang, anak ikan dan larva

Habitat: Di kawasan kuala sungai dan di persisiran pantai berbeting dan berpasir.

Taburan: Malaysia, India, Australia, Laut Merah dan kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

 

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

 

Ads

Ada 4 jenis Bebolos yang boleh ditemui di negara kita dan amat sukar untuk membezakan di antara satu sama lain kerana bentuk badan yang hampir sama kecuali jika diperhatikan saiz serta corak halus pada badannya.

 

Anda tentu biasa melihat spesies yang berbadan bersih dan jernih ini yang boleh ditemui di kawasan pantai berpasir di serata tanahair. Sekali pandang dari atas, sukar untuk melihatnya disebabkan keupayaan corak warna badan yang boleh menyamai warna pasir serta air.

 

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

 

Badan yang halus memanjang, berekor runcing, bersisik halus dan jernih perlu diamati lebih teliti jika ingin melihatnya berenang di dasar. Bebolos biasanya menjarakkan diri di antara satu sama lain walaupun ia berada dalam kelompok yang sama.

 

Ads

Setengah spesies juvenil akan berenang rapat di antara satu sama lain untuk membentuk satu reformasi yang lebih besar untuk menakutkan pemangsa. Namun saya tidak pasti kenapa Bebolos agak menjarakkan diri sesama mereka  atau mungkin memberi ruang mencari makanan yang lebih terbuka sesama mereka.

 

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

 

Bebolos berkeupayaan menyembunyikan diri di dalam pasir dan sukar untuk dikesan jika ia mengetahui kehadiran pemangsa atau manusia. Menyembunyikan diri juga memberi peluang spesies ini untuk memburu mangsanya yang terdiri dari cacing laut, perumpun, larva, anak ketam, udang dan sebagainya.

 

Ia akan menyerang apabila mangsa lalu dihadapannya tanpa segan silu lagi. Menurut laporan dari pengkaji hidupan laut, Bebolos di kawasan pantai Timur seperti di Terengganu bertelur pada bulan Ogos  hingga Februari dan waktu kemuncak adalah dari Oktober hingga Januari.

 

Ads

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

 

Spesies Bebolos dikatakan galak mencari makanan dari bulan Mac hingga Mei dan dietnya semakin kurang menjelang bulan Jun hingga Ogos. Bebolos banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan telur pada waktu tertentu. Dietnya menjadi normal selepas proses bertelur dari bulan September hingga Februari.

 

Spesies ini gemar bertelur di kawasan air cetek dan juga kuala sungai yang berpasir. Ia memilih kawasan air yang mempunyai suhu sekitar 20 darjah Celcius di mana suhu yang panas membantu proses penetasan telurnya. Faktor suhu juga mempengaruhi sifat biologinya dan ia dikatakan cepat matang pada suhu yang sesuai.

 

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

 

Ikan ini matang apabila mencapai saiz ukuran kira-kira 13 cm keatas. Bebolos bertelur sekali dalam masa setahun dan telur yang dihasilkan mengandungi kira-kira 14 000 biji telur didalamnya. Saiz telus hanya sebesar 0.65 mm terlalu kecil untuk dilihat.

 

Mengenal Identiti Ikan Bebolos

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI