Mengejutkan! Penemuan Semula Pari Terbesar Dunia!!

Share

 

Pari air tawar gergasi atau giant freshwater stingray yang ditemui semula di perairan Amphawa, kira-kira satu jam dari Bangkok, diisytiharkan sebagai spesies pari terbesar di dunia. Malah menurut para saintis di sana, pari tersebut mampu membesar sehingga menggugat kedudukan spesies marin terbesar di dunia.

 

Nantarika Chansue, seorang doktor haiwan dan professor dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok, membantu menangkap dan mengukur haiwan yang mendapat gelaran `The Big One’. Ikan pari dengan nama binomialnya Himantura polylepis atau H. chaophraya ini mempunyai lebar 7.9 kaki (2.4 meter) dan mempunyai panjang 14 kaki (4.3 meter) serta berat kira-kira 700-800 pounds (318 hingga 363 kilogram).

 

 

Kumpulan penyelidik ini belum dapat memastikan berapa berat badan daripada ikan pari ini kerana sangat sukar untuk menimbang haiwan ini tanpa menyakitinya, kerana mereka sangat besar! Menurut Zeb Hogans, seorang profesor dan penyelidik geografi kebangsaan dari University of Nevada, Reno.

 

“Sudah tentu (haiwan itu) adalah ikan yang sangat besar walaupun dibandingkan dengan ikan pari lain, dan sudah tentu mendahului antara ikan terbesar di dunia!”

 

Zeb Hogan turut mengulas bahawa haiwan yang serupa ditemui dan dilabelkan 7 tahun sebelumnya dalam penyelidikannya bersama Nantarika. Pada tahun 2009, ikan pari ini mempunyai lebar 6.5 kaki (2 meter) dan panjang 15 kaki (4.58 meter).

 

Published by
Amang