Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing ketika air surut jernih dah juga ketika air keruh dan besar sedikit.
Dari segi penggunaan umpan pula, ketika air jernih umpan cacing tanah, anak udang dan umpun-umpun boleh digunakan.
Ketika air keruh dan sedikit besar, penggunaan umpan yang sedikit berbau hanyir seperti isi ikan selayang dan jantung ayam lebih efektif.
Namun begitu cacing tanah juga masih boleh digunakan. Ketika air jernih dan surut (rendah) udang galah lebih cenderung berkumpul di tengah lubuk yang tenang jika
Ads
dibandingkan ketika air keruh dan sedikit besar udang lebih cenderung berkumpul dia muka-muka kuala anak sungai.
Tarikan dari udang galah Sungai Tembeling agak ganas terutama ketika mengambil umpan.
Tarikan pertama biasanya akan menyebabkn pancing melengkung dan kadang kala akan terjatuh jika diletakkan dalam keadaan tak kemas.
Ads
Jika sembatan terus dilakukan pada ketika itu pemancing akan berputih mata. Oleh itu pada kebiasaannya biarkan seketika supaya udang betul-betul makan umpan.
Biasanya jika udang sudah betul-betul mengena joran akan menunduk terus tanpa henti.
Penggunaan perambut yang agak panjang perlu untuk menjinakkan udang galah Sungai Tembeling. Biasanya perambut sepanjang 4 jengkal dengan mata 2 atas bawah.
Ads
Jarak antara mata pula satu inci. Saya lebih suka menggunakan mata kail udang jenis Ligoal Sarawak Prawn Hook saiz 2 & 3. Mata jenis ini agak keras tetapi tajam.
Untuk pancingan secara menebing mata kail yang keras dan tak mudah lurus sangat penting.
Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing pada waktu siang dan malam. Namun waktu terbaik ialah pada waktu pagi dan juga malam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Menggunakan umpan hidup seperti ikan tamban, selar atau sardin memerlukan satu jenis ikatan kail yang tidak membebankan ikan umpan untuk berenang. Banyak terdapat ikatan atau loop yang sesuai dan ini merupakan salah satu yang terbaik.
Step 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung perambut. Loop atau gelungan tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan tidak menjerutnya.
Step 2
Masukkan mata kail menerusi cincinnya ke perambut mendekati simpulan yang dihasilkan.
Step 3
Masukkan hujung tali ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
Lilitkan hujung perambut sebanyak 3-7 kali pada perambut utama.
Step 5
Selitkan hujung perambut pada simpulan pertama yang dihasilkan tadi.
Step 6
Basahkan simpulan perambut dan tarik hujung perambut dan mata kail sehingga ketat. Buang hujung perambut yang berlebihan dan simpulan telah siap untuk digunakan.
Untuk mencari pes perisa di pasaran itu mudah. Namun pes perisa seperti pandan atau strawberi hanya bersifat bahan tambahan kepada sesuatu umpan.
Umpan berbentuk sos cecair yang diadun dengan pelbagai campuran bahan inilah yang tidak banyak terjual di pasaran.
Namun ia boleh dihasilkan sendiri sebagaimana sos umpan dalam perkongsian ini.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufakosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Kebanyakan pulau terutamanya di perairan pantai timur diwartakan sebagai kawasan taman laut. Oleh yang demikian sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang dalam radius 2 batu nautika. Jadi, kita kenalah faham kenapa tekong tidak membawa kita memancing berdekatan dengan pulau.
Kebanyakan pulau yang tidak berpenghuni adalah pulau berbatu. Sementara struktur batu-batu yang tenggelam di sekeliling pulau tidak seragam saiznya. Tidak semua pulau boleh dihampiri dengan bot dalam jarak yang rapat. Oleh yang demikian, kita sebagai pemancing jangan cepat beranggapan negatif jika tekong tidak merapati pulau sebagaimana yang diinginkan.
Sentiasa perhati pergerakan arus dan angin jika ingin merapat tebing pulau berbatu. Sekiranya angin dan arus lebih terarah ke tebing maka sebaiknya beralih ke kawasan yang lebih selamat untuk merapati tebing.
Turut sama membantu tekong memerhati skrin sonar perihal kedalaman air walaupun tidak terlalu hampir dengan tebing pulau. Kewujudan struktur batu yang tidak seragam ketinggiannya boleh mendatangkan bahaya terutamanya di kedalaman kurang daripada 20 kaki.
Sepadan dengan dasar yang berbatu maka gunalah peralatan pancing yang dapat membantu mengurangkan kadar sangkut. Sekiranya berjigging, sebaiknya kurangkan jumlah penggunaan mata kail dan elakkan dari mengguna mata tiga.
Sepadan jugak dengan spot ikan-ikan kecil berlindung maka jangan terlalu harap akan strike kerapu bara 3-4kg. Dan kalau asyik strike kerapu biasa-biasa besar tapak tangan tu jangan nak salahkan tekong pula.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...