Negara Maldives yang terletak disebuah kepulauan yang terletak di Lautan Hindi juga dikenali sebagai Pulau Terumbu Karang.

Maldives memliliki lebih 26 terumbu karang (atoll) yang diwartakan sebagai wilayah dengan 1,192 kepulauan kecil di dalamnya.

 

Apabila disebut Maldives, ia adalah salah satu kepulauan yang merupakan destinasi idaman setiap pelancong di seluruh dunia dek kerana kecantikan perairan dan pulaunya.

Tidak hairanlah juga ia destinasi idaman untuk berbulan madu. Bagi kaki pancing, ia satu destinasi yang perlu dikunjungi oleh para pemancing yang menggemari teknik popping dan jigging.

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

PERSIAPAN

Satu trip ke Maldives telah saya dan rakan-rakan lain dari Prime Anglers rencanakan dan tumpuan kami adalah teknik popping dan jigging.

Untuk popping banyak peralatan perlu dibeli dan disediakan seperti joran, kekili, popper, mata kail sampai ke aksesori.

Untuk jigging di Maldives peralatan yang digunakan lebih kurang sama sahaja seperti peralatan yang digunakan di Pulau Jarak. Jig dari 140g-250g.

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

POPPING

Popping boleh dianggap sebagai kaedah memancing yang mengghairahkan dan apabila dicuba oleh pemancing pertama kali dan mendapat hook up pasti pemancing itu akan gembira dan terkena racun yang kuat untuk popping.

 

Setup untuk popping di Maldives memerlukan joran PE8 sampai PE10 (tertakluk kepada jenama yang berlainan), kekili spinning seperti model Shimano SW10000HG, SW14000XG sudah mencukupi.

 

Untuk popping, tali utama kami menggunakan Shimano Ocea 121lb, TUF Line 80lb, Daiwa Saltiga Boat 100lb dan untuk leader kami menggunakan shock leader bersaiz 130lb, 150lb dan 170lb.

 

Pemilihan popper untuk Maldives kami menggunakan stickbait kerana ia adalah killer untuk GT di sana.

Kami menggunakan stickbait FCL Labo model CSP175HS, SPPSLIM, SPPTUNA kerana ia sudah terbukti di sana senang mendapat hook up yang banyak sekali.

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Ads

JIGGING

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Jigging adalah satu kaedah yang sudah terkenal di arena memancing dan joran yang dibawa kami ialah dari jenama Major Craft Giant Killing spinning PE1.5-4 dan PE2-4.

Joran Evergreen Poseidon juga tidak ketinggalan kerana joran ini dibuat khas big game.

Antara joran Evergreen Poseidon spinning ialah PE2.5, PE3 dan PE4. Joran ini terkenal dengan backbone yang kuat dan jorannya ringan.

 

Kali ini saya membawa setup slow pitch jigging ke sana dengan joran dari Major Craft Giant Killing GKJ B64/4SP PE1.5-3 max jig: 150g. Jig dari 130g-250g diperlukan untuk perairan Maldives.

 

Trip Maldives dan juga bot Kandi Hibaru ini perlu diatur dan ditempah setahun lebih awal.

Jika ingin memancing di Maldives, bulan Oktober hingga Mei paling sesuai kerana ia musim lenang. Musim monsun di Maldives bermula dari Jun hingga September.

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Saya merancang trip ini untuk ahli-ahli Prime Anglers yang pertama kali menjejakkan kaki ke Maldives.

Antara ahli Prime Anglers yang menyertai trip ini ialah Steven, Dennis, Meng, Venice, Ice dan saya sendiri bertolak dari lapangan KLIA dan terdapat dua orang ahli Prime Anglers dari Singapura iaitu Sims dan Jit yang bertolak dari Singapura ke Maldives.

Ads

 

Dari Malaysia ke Maldives penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami tiba di Male, ibu negara Maldives atau lebih tepat lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim

Nasir tepat jam 9.45 malam waktu tempatan dan kami menunggu dalam masa 15 minit sebelum water teksi dan staff mereka menyambut kedatangan kami dan terus menuju ke bot yang akan kami tinggal dan pancing selama 7 hari.

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Selepas memunggah semua barang kami ke bot Kandi Hibaru, masing-masing tidak tunggu lama membuat persiapan dan memasang kekili ke joran dan membuat ikatan yang perlu.

Bot Kandi Hibaru berlabuh di sini sepanjang malam dan keesokan hari jam 6 pagi, barulah bot mulai bertolak ke lubuk popping.

 

Selepas berlabuh, kami mulai memancing, memang tidak tunggu lama, apabila seorang demi seorang mendapat sambaran.

Sedar tidak sedar, kapten bot telah pun siap menyediakan hidangan tengah hari dan selesai menjamu selera, kapten bot pun bertolak ke lubuk seterusnya.

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Tiba sahaja di lubuk baru, tidak sampai 3 membuat lontaran, Sims mendapat satu sambaran yang kuat dan joran popping terus melentur dan kedengaran bunyi drag Stella

SW18000HG berbunyi tidak henti dan krew bot pun membantunya ke belakang bot bagi memudahkannya bertempur dengan GT.

Ads

Selepas hampir 15 minit bergasak, akhirnya GT yang dinantikan telah muncul di permukaan air dan kami semua pun amat teruja melihat GT bersaiz bagak sekali.

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

 

Hari pertama GT mega sudah dinaikkan dan kami semua pun penuh dengan semangat walaupun kawan kami yang menaikkan GT 30kg.

Selepas 30 minit tiada lagi sambaran untuk popping kapten pun bertukar ke lubuk jigging. Lubuk jigging di sini kedalamannya dari 50m-140m.

 

SYURGA MEMANCING

Sepanjang berada di Maldives, boleh dikatakan semua daripada kami puas hati dengan tarikan demi tarikan ikan yang diperolehi.

Puas dengan sesi popping, kaedah jigging pula dipraktikkan. Tekong dan kru bot Kandi Hibaru pula memang tahu di mana spot terbaik buat kami.

 

Di sini, memang betul-betul syurga ikan. Tekong tidak gusar jika di satu spot tiada tangkapan dilakukan.

Terdapat beratus-ratus malah mungkin beribu spot memancing terbaik di Maldives.

 

Apabila malam menjelma, pelbagai ikan yang berjaya diperolehi melalui kaedah jigging, besar atau kecil jig yang dihulurkan majoritinya pasti akan disambut oleh penghuni di bawah.

Pelbagai jenis ikan diperolehi yang ada rupanya belum pernah lagi saya lihat, terutama spesies kerapu yang beraneka warna dan corak.

 

SANGAT PUAS HATI

 

Memori Manis Di Bumi Maldives

Sesesungguhnya, perjalanan trip kami selama 7 hari di Maldives memang cukup-cukup puas hati.

Momen memancing dan pengalaman yang diperolehi cukup berbaloi dengan pelaburan perbelanjaan yang setiap orang keluarkan.

Andai masa mengizinkan, kami pasti akan datang lagi ke sini suatu hari nanti. Memang tidak dinafikan, Maldives adalah syurga buat kaki pancing!

 

(Catatan: Melvyn Chan)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI