Bagi Spesis MJ atau siakap merah, ia adalah spesis yang suka membawa dan melilitkan tali pancing kita pada kayu-kayu dan ranting-ranting yang berada disekitarnya setelah ia menyambar umpan kita.
Ia juga pemangsa yang ganas dan rakus, mempunyai gigi yang tajam adalah kelebihan spesis ini untuk memotong tali pancing (leader) kita.
Oleh itu kita haruslah tarik secepat yang mungkin bagi mengelakkan ianya kembali ke dalam reba dan memotong tali pancing.
Siakap putih (barramunddi) pula sikapnya yang selalu terbang di permukaan air untuk menanggalkan mata pancing anda.
Ia tidak punya gigi tetapi spesies ini mempunyai permukaan bibir yang kasar. Lambat tarik pun boleh putus jua.
Ads
Bagi siakap putih ini, jangan sesekali anda angkat hujung rod ke atas kerana ianya akan memberi peluang untuk ikan naik dan terbang di permukaan air.
Semasa karauan dibuat, tali pancing anda haruslah sentiasa tegang dan selam hujung rod anda ke dalam air bagi mengelakkan ianya naik di permukaan air.
Ads
Oleh itu, saya sarankan kepada caster-caster yang ingin memujuk spesies ini gunalah peralatan pancing yang sesuai sebelum anda berputih mata.
Para caster juga perlu memilih tarikh air yang sesuai untuk memburu pemangsa-pemangsa di lubuk sungai air masin ini.
Ads
Tekong dilubuk ini juga banyak memberi peranan dengan meronda mencari lubuk berpenghuni dan sentiasa memberi tunjuk ajar.
Beberapa kali saya turun memburu di lubuk ini ia tidak pernah menghampakan saya. Dari dulu sampai sekarang saya masih menggunkan teknik yang sama.
Antara spesis yang ada dilubuk ini kerapu, siakap putih dan siakap merah. Mana-mana caster yang ingin memburu di lubuk ini bolehlah berhubung dengan tekong-tekong handalan Kuala Selinsing di FB seperti Amir Hamzah, Herry Ramly, atau Azeem Asyraf.
Oleh: Akalil Caster
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pari sungai atau pari air tawar adalah spesies yang kian terancam dan hanya terdapat di dua buah sungai utama di Semenanjung, Sungai Pahang dan Sungai Perak. Namun ia masih boleh ditemui di perairan Sungai Pahang seperti Kuala Lipis, Jerantut atau Temerloh.
Ketika air surut jernih di Sungai Jelai, Kuala Lipis memang waktu terbaik untuk memancing udang galah, ikan kerai dan juga tengalan. Tetapi siapa yang dapat menyangka pari sungai
yang menyentap dan memakan umpan yang dipertaruhkan seperti cacing air dan anak udang sungai.
Sesetengah orang luar dari kawasan Pahang masih tidak percaya tentang kewujudan pari sungai. Mereka beranggapan ia adalah pari tuka, akan tetapi bukan ikan tuka.
Ikan ini merupakan speisis pari air tawar yang bersaudara dengan pari air tawar gegasi yang terdapat di Thailand, bukan semua tempat ada ikan pari air tawar.
Tempat saya memancing iaitu sungai jelai sangat jauh beratus kilometer dari laut dan air masin.
Pari sungai banyak terdapat di Sungai Jelai, Sungai Jerantut dan juga Temerloh. Habitat atau lubuk yang disukainya ialah kawasan berpasir.
Antara teknik yang boleh dicuba termasuklah kaedah dasar dengan mengunakan umpan cacing dan anak udang.
Dalam pancingan ikan pari, joran akan melengkung apabila ditarik pari. Adakala ikan pari akan mendap atau masuk ke dalam pasir menyebabkan sukar untuk bawak naik .
Kalau sudah berjaya didaratkan, haruslah berhati-hati kerana bisa pari sungai juga adalah sangat berbisa dan bahaya seperti pari air masin.
Badan pari sungai juga sangat berlendir berbanding pari laut. Bagi orang Kuala Lipis, isi pari sungai sangatlah sedap.
Menu biasa bagi saya orang Kuala Lipis adalah ikan pari masak tempoyak.
Nama pusat memancing Bungsamran di Bangkok, Thailand bukanlah asing dalam arena pancing di Asia Tenggara mahupun di dunia. Bungsamran sudah lama dikenali sebagai kolam pancing terbesar di dunia.
Pada 31 Mac lalu, Bungsamran dipindahkan ke lokasi baharu yang terletak di Chachoengsao, lebih kurang 45 minit dari Bangkok. Kolam ini seluas 139,000 meter persegi dan kedalamannya mencecah 50 meter. Terdapat lebih 40 jenis spesies ikan air tawar di sini.
Dipercayai patin Mekong sahaja terdapat 20,000 ekor dengan spesimen terbesar seberat 200kilogram. Manakala spesies kap Siam atau Siamese carp hanya sekitar 4,000 ekor sahaja dengan spesimen terbesar seberat 160 kilogram.
Biarpun spesies Siamese carp ini agak kurang berbanding patin Mekong di kolam ini, namun spesies inilah menjadi ikan sasaran kepada kami untuk dipancing. Kumpulan kami seramai 18 orang daripada Malaysia mewakili jenama Burn International, datang ke sini untuk cuba menaikkan ikan Siamese carp yang kurang didaratkan berbanding patin Mekong.
Kami tiba di pusat memancing ini lebih kurang pukul 8.30 pagi waktu tempatan dan terus memulakan sesi memancing kira-kira setengah jam kemudian. Kami memilih untuk memancing di chalet. Chalet yang kami pilih agak selesa juga. Ia mempunyai sebuah bilik berhawa dingin, bilik air dan balkoni atau pelantar untuk memancing.
Sebaik sahaja memulakan sesi memancing, kami dapati aktiviti memancing di Bungsamran baharu agak mencabar berbanding lokasi lama. Ini kerana kolamnya sangat luas dan ikan-ikan pula banyak bermain di kawasan tengah kolam, yang mana kami tidak berupaya untuk menghantar umpan ke spot tersebut.
Oleh yang demikian kami menggunakan hong (serbuk sekam padi) terlebih dahulu sebagai rasuah untuk menarik ikan-ikan menghampiri spot dalam radius balingan kami. Taktik dan teknik yang kami gunakan namun tiada Siamese carp yang berjaya didaratkan kecuali patin Mekong sahaja.
Selepas makan tengah hari, kami menukar umpan dedak kepada roti hancur. Ternyata ia tepat pada masanya. Tidak lama selepas itu Shahrul Nizam berjaya mendaratkan seekor Siamese carp bersaiz mega. Ia satu kepuasan yang tidak terhingga kerana cabaran bertarung dengan Siamese carp jauh lebih seronok berbanding patin Mekong.
Sejurus kemudian Arebull, Hafiz, Azura, Haiza dan beberapa orang turut sama berjaya menaikkan Siamese carp. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding spesimen yang didaratkan oleh Shahrul Nizam, ia tetap satu kejayaan yang manis. Dan kami sebenarnya agak bertuah kerana kebetulan banyak spesies ini baharu dilepaskan oleh pihak kolam. Walaupun saiznya kecil sahaja namun pihak kolam membelinya dengan nilai 5,000 Baht seekor!
Saya dari seawal pembabitan dalam teknik mengilat ini begitu teruja memburu toman dan haruan sehinggalah sekarang kerana spesies ini tidak mengira musim mahupun cuaca untuk meligan gewang yang dihulur.
Lokasi yang ingin saya ketengahkan kali ini terletak di pinggiran negeri Selangor dan amat popular di kalangan pengilat serta kaki pancing dasar kerana berada berdekatan Lembah Klang.
Saya bernasib baik kerana telah diperkenalkan spot ini oleh seorang sahabat iaitu Zaini. Kebetulan pula beliau yang tinggal berdekatan dengan kawasan tadahan air ini malah turut mempunyai sebuah bot fiber berserta enjin. Sejak itu kami sering berkunjung ke sini berdua ataupun kadangkalanya ditemani seorang lagi rakan pengilat lain.
Kunjungan kali pertama saya ke kawasan ini disambut dengan hujan seawal jam 9 pagi dan berlarutan hingga ke petang. Namun itu tidak melemahkan semangat kami bertiga pada hari tersebut. Banyak suak berpotensi kami terokai.
Di beberapa suak kami menemui satu kawanan anak toman yang masih kecil dan kelihatan sepasang induk yang mengiringi kawanan tersebut. Tanpa berlengah lagi pelbagai gewang permukaan dan selaman dalam kami hulur namun tidak membangkitkan rasa amarah kedua induk tersebut.
Sehingga tengah hari kami masih lagi belum dapat menaikkan toman gadang kecuali saudara Apit yang berjaya mendaratkan seekor toman bujang berskala 1kg. Apabila perut semakin berbunyi kami mengambil keputusan untuk berehat di satu spot.
Sambil menghampiri spot tersebut kami turut menghantar gewang-gewang permukaan, manalah tahu sekiranya ada pemangsa yang sedang menghendap di sekitarnya. Setelah mendarat di tebing, di satu sudut bereba kayu tumbang saya perhatikan seperti kelibat ikan yang baru disambar oleh sesuatu di dalam air.
Selepas beberapa ketika, seekor tilapia belang bersaiz dua tapak tangan yang hanya tinggal separuh timbul berhampiran reba tersebut dan sejurus itu juga saya terpandang sekilas ikan toman yang begitu besar saiznya timbul bersebelahan tilapia tersebut.
Saya tanpa berfikir panjang terus menghantar gewang Lucky Craft Gunfish 95 yang kebetulan memang siap tersedia. Satu sambaran kuat diperoleh sebaik sahaja gewang tersebut mencecah air namun sambaran tersebut tidak mengenai sasaran. Saya mainkan kembali gewang saya tersebut dan sejurus itu jugalah toman yang sama menyambar sekali lagi dan kali ini tepat mengenai gewang!
Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana hanya mampu bertahan selama 10 saat sahaja di mana shock leader berkekuatan 30lb saya putus begitu sahaja dikekah gigi toman gadang tersebut.
Setelah selesai sesi mengisi perut dan solat, kami menyusuri semula sebahagian lagi kawasan tadahan air ini sambil ditemani basah hujan dan kesejukan. Di satu sudut berstruktur kayu tumbang, Apit yang menggunakan buzzbait menerima sambaran agak kasar. Hampir 2-3 minit perlawanan seekor toman bunga berskala 1.5kg berjaya didaratkan.
Semasa bot perlahan-lahan menyusuri highway dalam perjalanan pulang, mata kami terpandang kepada satu kawanan anak yang agak besar kelompoknya. Zaini dan Apit serentak menghantar gewang namun tidak memperoleh sambaran. Giliran saya pula menghantar pencil Combat Gigantes berwarna kuning apabila kawanan anak toman tersebut menimbul semula.
Sebaik sahaja gewang mencecah permukaan air, 2 ledakan serentak menyambar dan tali utama terus tegang. Hampir 5 minit pertarungan namun akhirnya memihak kepada induk toman tersebut kerana berjaya menyelinap di celahan kayu di dasar tasik malah menguncupkan mata tiga berkekuatan 3X.
Kunjungan Berikutnya
Kebanyakan suak sama pada kunjungan yang lepas, kami ‘repeat’ semula dan turut menemui satu suak baru umpama nursery toman di mana banyak kelompok anak toman kami temui di sini. Kunjungan kali ini berpihak kepada Zaini kerana berjaya mendaratkan dua ekor mama toman berskala 4-5kg. Apit juga berjaya mendaratkan seekor lagi kerandang yang agak kasar. Saya pula akhirnya dapat juga mendaratkan seekor mama.
Kami begitu teruja kerana kunjungan ulangan kali ini membuahkan hasil yang begitu baik. Yang lebih membanggakan adalah kami tidak perlu memandu jauh hingga ke Temenggor ataupun Kenyir untuk mendapatkan hasil yang lumayan sebegini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...