Jabatan Meteorologi Malaysia memonitor dengan rapinya situasi perubahan cuaca dan mengeluarkan kenyataan, nasihat dan amaran cuaca bila keadaan memerlukan. Kategori-kategori bagi nasihat dan amaran monsun adalah seperti berikut :
Nasihat Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku.
Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.
Ads
Persediaan untuk menghadapi monsun lembap
Sebelum Musim Monsun
Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.
Ads
Semasa Musim Monsun
Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
Ads
Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.
Bagi pemburu ikan air tawar terutamanya sebarau, ketika monsun inilah waktu terbaik untuk berpesta melihat aksi sebarau frenzy. Ekoran daripada itulah terhasilnya kejohanan Monsoon Casting Tournament yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu saban tahun.
Disebalik keseronokan ini para pemancing dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Air umpama api juga, semasa kecil menjadi kawan tetapi semasa besar menjadi lawan.
Kejadian kepala air, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir yang boleh mengundang musibah sering berlaku ketika monsun. Dan sentiasalah memakai jaket keselamatan anda memancing sama ada ketika musim monsun atau sebaliknya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memang sakit kalau tengok orang sebelah je yang pacak… Orang sebelah je yang gasak, tapi kita membangau macam bangau panjang leher.
Kalau dapat ikan pun ada je masalah yang menyebabkan ikan gagal didaratkan. Bagi mengatasi masalah ini, ada baiknya kita buat homework sikit sebelum membuat lontaran pertama.
Tali reput
Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah reput. Jika perlu buang beberapa kaki tali hadapan sebagai langkah keselamatan. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya.
Ikatan
Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan shock leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat. Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.
Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, elok tukar yang baru. Kalau dah tumpul wajib buang terus jangan disimpan lagi.
Saiz tak ngam
Saiz dan jenis mata kail jugak perlu diperhatikan. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.
Set tak sepadan
Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal menakluk ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.
Umpan salah
Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang, kita pakailah udang. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak.
Teknik silap
Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apung, gantung atau dasar. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan.
Cara strike
Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.
Dalam siri wacana `pengalaman disengat ikan’ baru-baru, kami menerima banyak respon postif dari follower FB Majalah Umpan, yang bukan saja berkongsi pengalaman pahit tersebut, malah turut berkongsi petua sebagai penawar bisa disengat ikan.
Merasakan ini sesuatu yang tidak seharusnya berlalu begitu saja, kami rangkumkan beberapa petua yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya berhadapan dengan insiden yang tidak diingini ini.
💡 HELMI PROTON
“Setiap kali nak mancing simpan CUKA MAKAN botol kecik dalam box pancing untuk digunakan apabila terkena sengat ikan berbisa.
Dapat meredakan sakit dan mengurangkan bisa. Kawan dah 3 kali kena sengat semilang. Tapi Alhamdulillah la tak pernah pergi klinik.
Waktu kena sedut dulu tempat yang kena sengat lepas tu buang dan kumur. Letak cuka boleh mancing balik. Cuma rasa sakit luka sikit jer. Paling lama 3 jam hilang.
Tok Batin Seletar juga ada ajar kawan suruh bawa KIWI KASUT HITAM ketika mancing. Kalau kena sengat ikan berbisa sapu je kiwi kat tempat yang kena sengat tu.
Tapi kawan tak cuba lagi sama ada berkesan atau tidak. Mungkin mujarab kot petua Orang Asli Seletar ni.”
💡 SAMBAL BLADEZR
“Kalau pergi memancing tu stanby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”
💡 LAKSAMANA AWAN
“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”
💡 AYIE GREEN
“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu.
Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”
💡 MADLEY MUSA
“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit.
Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”
💡 EJAL KERN
“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku.
Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA.
Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”
💡 AMMIE KAMARUDIN
“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”
💡 KEE ZAKI
“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”
💡 MOHD SHAFIE
“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”
💡 MOHD FUAD
“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu. Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”
💡 JEY ISMILE
“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan painkiller baru ok.
Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”
💡 APIH HAFIZ
“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”
💡 SABRI GHANI
“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”
💡 ZAIDI IKMAN
“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”
💡 FIRDAUS VALEN VALEN
“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”
💡 SOTONG SKC ROMEO SAGA
“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”
💡 KHAIRUL AMIRUL
“Baru minggu lepas kena, terpacak duri sengat kat tapak tangan. Duri buang tepi bot time bawak bot pegang tepi bot sedar-sedar terpacak duri sengat.
Time cabut payah sebab duri tu bergerigi. Tenangkan diri tarik sekuat hati. Siap cuci luka pakai petrol bot. Tekan-tekan buang air bisa.
Habuk rokok dengan bara siap cucuk kat tangan, sebab time kena tu tangan jadi panas dan kebas. Alhamdulillah… lepas air pasang penuh pagi tu terus ok.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...