Taman Botani Negara Shah Alam atau juga dikenali Taman Bukit Cerakah suatu ketika dahulu, sering menjadi tumpuan warga Lembah Kelang khususnya Shah alam untuk berehat pada hujung minggu. Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di sini seperti jogging, berbasikal dan sebagainya sambil menghirup udara segar yang dikelilingi hutan hujan.

 

Bagi kaki pancing pula, Empangan Air Kuning (EAK) yang terdapat di taman botani adalah satu pilihan alternatif untuk rekreasi memang. Kawasan memancing di EAK ini juga kemas dan bersih. Terdapat pelbagai ikan yang dimasukkan ke dalam empangan ini seperti ikan raja, pacu, patin, toman dan sebarau.

 

Di sini anda akan melihat pelbagai teknik pancingan diamalkan seperti pancing layang, pancingan dasar dan mengilat. Namun buruan utamanya tetap satu iaitu ikan pacu. Ini kerana pacu yang terdapat di sini memiliki kekuatan yang kuat dan bertenaga sehingga mendapat nama jolokan pacu ‘steroid’.

 

Ads

Purata berat saiz pacu di sini sekitar satu hingga lima kilogram. Teknik pancing layang dan dasar menggunakan umpan, kejayaan untuk merasa tarikan pacu di sini adalah 90%. Berbeza pula bagi yang suka mengilat, hanya 10% saja kejayaan untuk mendarat pacu. Boleh dikatakan terlalu sukar untuk memperdayakan pacu di sini dengan menggunakan gewang terutama jenis hard lure.

 

Sempena pelancaran warna terbaru dari Rasengan Limited untuk gewang model minnow SSXS siri Black Mamba,kami mengambil cabaran untuk mengujinya dengan pacu di sini atas cadangan Hasan Udin. Ternyata nasib menyebelahi kami, lontaran kali ketiga gewang Rasengan Black Mamba merah oleh  Nazrol Luffy berjaya memikat pacu steroid dengan larian padunya umpama Speedy Jantan. Selepas itu peluang saya pula merasa tarikan pacu steroid di sini yang tertipu dengan Black Mamba berwarna kuning.

Ads

 

Izzat Sabri juga berjaya mendaratkan pacu bersaiz tiga kilogram. Pada masa yang sama Nazrol Luffy masih bertarung dengan pacu steroid keduanya. Dengan set aksi joran kekuatan 2-6lbs, ia mengambil masa 10minit untuk mendaratkan pacu steroid seberat lima kilogram. Keseluruhan dua jam masa yang diluangkan mengilat di sini cukup berjaya bagi kami. Dengan lima ekor ikan pacu steroid berjaya didaratkan tidak termasuk dengan rabut dan mata kail terkangkang dikerjakan oleh pacu steroid.

(Penulis: JT Anglers)

Ads

 

GALERI

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI