Mega Monster Lautan Zaman Jurasik

Share

 

Korang pernah tengok movie The Meg? Sebuah filem berkenaan jerung gergasi, Megalodon yang hidup jutaan tahun dahulu. Di sini kami dedahkan lagi mega monster yang hidup di dasar lautan jutaan tahun dulu melangkaui zaman Jurasik.

 

Shastasaurus

Shastasaurus merupakan pemangsa marin yang kelihatan seakan ikan lumba-lumba moden. Spesies ini menjangkau saiz yang begitu besar ketika zaman Triassic lebih 200 juta tahun dahulu.

Spesies ini merupakan varieti daripada Ichthyosaurs yang mampu membesar sehingga 65 kaki. Berenang di lautan sebagai pemangsa,raksasa besar ini menjadikan ikan lain sebagai diet utamanya.

 

Tylosaurus

Saiz Tylosaurus mencecah sehingga 50 kaki dan merupakan pemangsa yang sangat menggemari daging. Kebanyakan hidupan yang lebih kecil daripadanya akan menjadi mangsanya.

Raksasa prasejarah ini hidup ketika zaman Cretaceous dan menjadi raja di kawasan laut Amerika Utara. Tylosaurus juga menghuni tangga atas bagi piramid makanan waktu itu.

 

Dakosaurus

Penemuan pertama fosil Dakosaurus ialah di Jerman dan dikatakan antara pemangsa utama ketika zaman jurasik. Fosil lain yang ditemui menunjukkan spesies ini turut berlegar dari England ke Rusia sehingga ke Argentina.

Bentuknya seakan buaya zaman moden dan saiznya dikatakan mencecah 16 kaki. Bentuk giginya yang unik dipercayai menjadikan spesies ini antara pemangsa teratas ketika zamannya.

 

Megalodon

Salah satu daripada pemangsa marin terbesar sepanjang zaman dan jerung terbesar pernah direkodkan. Megalodon menjadi raja ketika era Cenozoic. Saiznya lebih besar berbanding jerung putih moden, pemangsa marin terhebat masa kini.

Jika jerung putih sepanjang 20 kaki, Megalodon pula mencecah 65 kaki iaitu lebih panjang dan besar berbanding sebuah bas!

 

Mosasaurus

Fosil Mosasaurus membuktikan saiznya boleh mencapai sehingga 50 kaki panjang. Ini menjadikan spesies ini antara spesies pemangsa yang terbesar pada zaman Cretaceous.

Kepala Mosasaurus kelihatan seakan buaya zaman moden dan dengan deretan gigi tajam yang kukuh, raksasa ini mampu membaham hampir kebanyakan mangsanya dengan mudah walaupun mangsa dilengkapi sistem cangkerang.

 

Liopleurodon

Liopleurodon menghuni lautan sekitar Eropah ketika zaman Jurasik dan merupakan antara pemangsa yang ganas. Raksasa lautan ini mampu mencapai lebih daripada 20 kaki panjang.

Rahangnya yang besar dengan barisan gigi yang tajam menjadikannya pemangsa yang ditakuti lantas membolehkannya menguasai rantaian makanan ketika itu.

 

Thalattoarchon saurophagis

Fosil raksasa lautan ini merupakan antara fosil yang paling baru ditemui. Saiznya sekitar 30 kaki panjang dan hampir menyamai kebanyakan bot jigging sekarang ini. Dipercayai spesies ini hidup sejak 244 juta tahun dahulu.

Saintis menganggarkan spesies ini hidup ketika selepas fasa kepupusan Permian iaitu fasa hampir kebanyakan hidupan laut mengalami kepupusan.

 

Thalassomedon

Thalassomedon merupakan spesies Pliosaur di mana namanya diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Raja Laut’. Pemangsa ini mampu mencecah sehingga 40 kaki. Sirip kiri dan kanannya sahaja sepanjang 7 kaki.

Raksasa ini merajai lautan sehingga zaman Cretaceous sebelum kewujudan pemangsa yang lebih ganas seperti Mosasaur.

baca juga Sejarah Awal & Revolusi Mata Kail

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang