Mayeep Gubir Attack

Share

 

Buat julung-julung kalinya, Mayeep telah mengadakan acara tertutup GUBIR ATTACK yang berlangsung di Tasik Gubir, Sik, Kedah. Acara tersebut telah dilangsungkan dengan jayanya pada 8-9  Oktober baru-baru ini.

 

Para peserta yang mengambil bahagian datang dari pelbagai pelusuk negeri.  Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah serta Sabah.

 

 

Seramai 22 perserta telah mengambil bahagian. 11 buah bot dan 11 orang tekong juga terlibat di dalam acara ini. Manakala Tekong bot pula daripada warga tempatan sekitar Tasik Gubir.

 

Hanya kategori spesies toman atau giant snakehead (Channa Microplates) yang dipertandingkan. Ketegori tersebut terbahagi kepada 3…

 

 

  1. Toman Terberat (Hadiah Utama)
  2. Tangkapan Toman Terbanyak
  3. Tangkapan Toman Terpantas

 

Sepanjang acara berlangsung, keadaan cuaca mendung dan sesekali disulami hujan renyai-renyai. Paras air tasik juga ketika itu tinggi daripada keadaan biasa yang membuatkan sedikit pemburuan toman menjadi sukar.

 

Pemenang kategori ikan terbesat

 

Sungguh pun dalam keadaan begitu, sebanyak 17 ekor toman telah dibawa naik dan direkodkan oleh para peserta.

 

Kategori Toman Terberat dimenangi oleh peserta daripada Kedah. Toman Terpantas juga peserta daripada Kedah. Manakala tangkapan Toman Terbanyak pula dimenangi oleh peserta daripada Kuala Lumpur.

 

Pemenang kategori ikan terpantas (kiri) dan pemenang kategori ikan terbanyak (kanan)

 

Kami dari Mayeep sangat bersyukur kerana sepanjang acara berlangsung, tiada sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku. Acara sebegini sangat sesuai untuk dijadikan acara tahunan bagi tujuan mempromosi barangan keluaran Mayeep dan juga Fishing Ecotourism di Malaysia.

 

 

Oleh: Ahmad Dzarif

Published by
Amang