Masalah Biasa Mengambil Gambar Memancing!!

Share

 

Banyak faktor yang menyebabkan ‘kejadian’ sebegini berlaku hingga kita jadi hampa sebab tidak dapat tunjuk kepada rakan-rakan Facebook yang kita berjaya dapat tangkapan sekian dan sekian.

Diharapkan selepas ini anda lebih berwaspada setiap kali ambil gambar supaya kenangan tersebut terpahat di ingatan sampai bila-bila.

 

Tidak Fokus

Kesalahan yang paling kerap berlaku bila foto yang dihasilkan menjadi kabur. Punah rasa hati. Ia mungkin disebabkan oleh kurang fokus pada bahagian yang salah pada objek, objek bergerak terlalu laju dan anda menetapkan setting manual yang tidak betul. Oleh itu, sebelum kawan dapat habuan, anda dah boleh setting pada pergerakan laju supaya ia freeze gambar tersebut.

 

Objek Bergerak

Ini adalah kerana anda menetapkan setting manual dengan shutter speed yang lambat. Seharusnya anda menggunakan ISO 100 dan boleh set pada shutter speed lebih dari 200.

 

Imej Bergoyang

Ia terjadi disebabkan oleh tangan jurufoto tersebut bergoyang kerana penarikan nafas, banyak bergerak, tidak bersedia dan sebagainya. Seharusnya jurufoto harus sentiasa bersedia ataupun anda boleh guna tripod.

 

Noise Tinggi

Hindari penggunaan noise terlalu tinggi sewaktu merakam waktu malam seperti menggunakan ISO 1600. Bimbang gambar jadi pecah dan seolah-olah berpasir. Tompok titik-titik lebih ‘mencacatkan ‘gambar kenangan terindah anda.

 

Kekerapan Penggunaan Auto Focus

Jangan kerap menggunakan auto focus kerana bimbang objek tidak ‘tajam’ (sharp). Adalah lebih elok anda menggunakan manual kerana ia mudah dikawal dan senang mendapatkan gambar terbaik.

 

Bersihkan Peralatan Kamera

Kamera anda berhabuk teruk. Pastikan sebelum guna, anda sudah mengelapnya hingga bersih. Perkara ini selalu diambil enteng oleh semua kerana pemancing lebih menumpukan perhatian terhadap persediaan umpan, mesin dan joran.

 

Jangan begitu, jika anda dapat habuan seperti kerapu gergasi ke, kamera pakai kamera telefon, memang tak cantik. Lagi-lagi sekarang menggunakan touch screen, susah nak kawal bila tersalah tekan. Penat member posing lama.

 

Elakkan kamera anda berhabuk seperti ini.

 

Published by
Amang